19 September 2015

TUGAS PEMBANTU TADBIR N17 DIPERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA


Dalam Perkhidmatan Awam jawatan yang paling banyak dan amat penting ialah JAWATAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (Kalau dulu disebut PEMBANTU PERKERANIAN N9) lebih popular orang biasa sebut KERANI . Jawatan amat penting bagi sesebuah organisasi atau jabatan bagi mengerakan sesuatu tugas atau misi visi jabatan atau organisasi tersebut, kalau tiada jawatan ini akan tergendala atau lumpuh atau tidak licin tugasan sesebuah organisasi atau jabatan, jadi kesimpulan anda jangan pandang rendah tugas mereka N17 ini ..tidak percaya cuba semak atau buat kajian di sesebuah pejabat tersebut...Boleh dikatakan lebih 70% kerja disesebuah pejabat atau organisasi Pembantu Tadbir N17 yang laksanakan..Di bawah ini disertakan tugas tugas utama Pembantu Tadbir N17 berdasar tafsiran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ialah....

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

  • Kumpulan: Sokongan
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM928.00RM3,375.00RM95.00
  • Syarat Lantikan:
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
    • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
  • Deskripsi Tugas:
    Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.