19 September 2015

PROSEDUR PEMBERIAN TARAF BERPENCEN BAGI PENJAWAT AWAM MALAYSIA

Perkhidmatan Awam merupakan nadi utama bagi sesebuah negara, Perkhidmatan Awam yang efisyen, cepat, berdidikasi serta telus akan membantu memacu membangunkan sesebuah negara serta membantu rakyat jelata disetiap masa. Di negara kita kebajikan dan kemudahan dalam perkhidmatan Awam dijaga baik oleh kerajaan dari masa kesemasa ini akan membantu melahirkan Penjawat Awam yang berintegriti. Kerana mereka ini membawa agenda besar plan pembangunan kerajaan pada umumnya dan memberi perkhidmatan terbaik kepada kesejahteraan rakyat khasnya..

Sekarang ini ramai yang berebut rebut untuk memasuki Perkhidmatan Awam disebabkan banyak faktor, salah satunya ia merupakan kerja yang terjamin dipelbagai segi terutama disediakan pelbagai kemudahan ..Apabila sudah memasuki Perkhidmatan Awam ada step step proses yang ramai tidak mengetahui .Jadi kali ini disertakan proses tersebut untuk pengetahuan anda diluar sana sebelum memasuki perkhidmatan ini...Ada 3 proses utama ialah..

1. Pengesahan Pelantikan (PL)
2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)
3. Pemberian Taraf Berpencen (PTB)

Pada masa sekarang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memperkenalkan sistem ePengesahan (www.epengesahan.spa.gov.my)yang lebih cepat dan telus tetapi cara manual perlu juga dibuat bagi tujuan rekod dan simpanan, Ia berguna bila ada audit nanti untuk dibandingkan apa yang dibuat dalam sistem dengan manual betul atau tidak.

Apabila memperolehi Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan dari SPA ia akan direkod dalam buku perkhidmatan kerajaan. Apabila perkhidmatan cukup tiga (3) tahun proses ketiga ialah Pemberian Taraf Berpencen. Syarat ini juga sama tiada tindakan tatatertib dan dokumen yang diperlukan bagi (PTP) ialah :

·  Jadual Keenam - Borang Perakuan Pemberian Taraf Berpencen - Mengikut P.U. (A) 1/2012
·     Senarai Semak Pemberian Taraf Berpencen


Apabila memperolehi Surat Taraf berpencen juga direkod dalam buku perkhidmatan kerajaan maka potongan KWSP diberhentikan ,Proses pengeluaran wang boleh dilakukan dengan dokumen dokumen berkaitan DAN happy masa ini sebab aku kaya..he he..selepas Penjawat Awam tersebut boleh berkhidmat dengan tenang tunggu sehingga pencen umur 60 untuk bersara wajib dengan memohon dengan dokumen dokumen berkaitan pula..itu sahaja untuk panduan anda semua tetapi jika dalam tiga (3) tahun tersebut tidak lulus exam atau ada tatatertib proses kedua dan ketiga tidak dapat diproses maka Pelanjutan Tempoh Percubaan perlu dipohon ke SPA .

Contoh Format Pemberian Taraf Berpencen (PTP)


‘KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA’
                                                                                                           
                                                                                                               IM:101/D-A/511-XXX(08)

                                                                                                                   23 Zukaedah 1436H
                                                                                                                     07 Sept 2015
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Aras 8, Blok C7, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
(u.p: Puan Malaysia binti Nice)


Tuan,

PERAKUAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17
PUAN NICE BIN CANTIK
(NO KP : 123456-XX-1234)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.  

2.         Sukacita dimaklumkan, bersama-sama ini dikemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Perakuan Pemberian Taraf Berpencen (peraturan 38) untuk tindakan dan kelulusan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘MUDAH, CEPAT DAN BERINTEGRITI’

Saya yang menurut perintah,




(HARIMAU BIN NAGA)     
Pengarah Jabatan XXX MALAYSIA 









P.U.(A)1/2012



JADUAL KEENAM



PERAKUAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

(peraturan 38)


Saya dengan ini mengesahkan bahawa NICE BIN CANTIK  

No. Kad Pengenalan 123456-XX-1234 telah disahkan dalam jawatannya yang sekarang dan telah genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dan saya dengan ini memperakukan pegawai ini untuk diberi taraf berpencen.



Tandatangan Ketua Jabatan  :     ..................................................................

Nama Ketua Jabatan              :     HARIAMAU BIN NAGA

Kementerian/Jabatan             :     JABATAN XXXX MALAYSIA

Tarikh                                      :     ..................................................................


*****CONTOH FORMAT PEMEBERIAN TARF BERPENCEN


SENARAI SEMAK
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

Nama Pegawai:  NICE BIN CANTIK

No. Kad Pengenalan: 123456-XX-1234

Jawatan: PEGAWAI IMIGRESEN                Gred:  KP17


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:                                                                           Tandakan [ / ]

1.         Perakuan Pemberian Taraf Berpencen– Jadual Keenam P.U. (A) 1/2012
           
            Tarikh Perakuan Ketua Jabatan ________________________________
            (Setelah Pegawai Genap Tiga (3) Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasuk Kira)

2.         Salinan Kenyataan Perkhidmatan Yang Kemas Kini Dengan Catatan Berikut:

            2.1       Tarikh Pengesahan Pelantikan 01.03.2011
 

            2.2        Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan 13.03.2013
 

            2.3        Catatan Opsyen Pencen

3.         Cuti Tanpa Gaji: ADA/TIADA*

            Mulai : ..............Hingga.........Bilangan Hari: .......

[ * ] Potong Yang Tidak Berkenaan

Disemak Oleh :
           
Tandatangan  : ______________________

Nama              : HARIMAU BIN NAGA              
                       
Jawatan          : PENGARAH XXX MALAYSIA

Tarikh              : ______________________

Email               : xxx@gov.my

Cop Rasmi Jabatan :




 
 

Disediakan Oleh:

Tandatangan    : ________________________

Nama              : SEDAP BIN LAZAT

Jawatan          : PEMBANTU TADBIR N17

Tarikh              : ________________________

Email               : sedap@gov.my





Diisi Oleh SPA
Ruj. Surat Jabatan

Disemak oleh :
Ruj. SPA.

Tarikh Surat

Tarikh Diterima

Tarikh PDP

Tarikh PDP Diluluskan

Tarikh PTB


Pindaan Berkuat Kuasa Mulai 1 Januari 2012