19 September 2015

PROSEDUR PENGESAHAN PELANTIKAN BAGI PENJAWAT AWAM MALAYSIA

Perkhidmatan Awam merupakan nadi utama bagi sesebuah negara , Perkhidmatan Awam yang efisyen, cepat, berdidikasi serta telus akan membantu memacu membangunkan sesebuah negara serta membantu rakyat jelata disetiap masa. Di negara kita kebajikan dan kemudahan Penjawat Awam dijaga baik oleh kerajaan dari masa kesemasa kerana mereka ini membawa agenda besar plan pembangunan kerajaan pada umumnya dan memberi perkhidmatan terbaik kepada kesejahteraan rakyat khasnya..

Sekarang ini ramai yang berebut rebut untuk memasuki perkhidmatan awam kerana pelbagai faktor, salah satunya merupakan kerja yang dijamin oleh kerajaan dipelbagai segi terutama bab kemudahan ..Bila memasuki Perkhidmatan Awam ada step step proses yang ramai tidak mengetahui .Jadi kali ini disertakan proses tersebut untuk pengetahuan anda diluar sana sebelum memasuki perkhidmatan ini...Ada 3 proses utama ialah..

1. Pengesahan Pelantikan (PL)
2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)
3. Pemberian Taraf Berpencen (PTB)

Pada masa sekarang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memperkenalkan sistem ePengesahan (www.epengesahan.spa.gov.my)yang lebih cepat dan telus tetapi cara manual perlu juga dibuat bagi tujuan rekod dan simpanan, Ia berguna bila ada audit nanti untuk dibandingkan apa yang dibuat dalam sistem dengan manual betul atau tidak.

Apabila lapor diri calon akan diminta mengisi data peribadi dan Surat Aku Janji, selepas itu Bahagian Sumber Manusia akan membuat pengesahan pelantikan, dokumen diperlukan untuk proses (PL) ini ialah salinan :

·         Salinan Surat Setuju Terima Pelantikan (SPA.6A)
·         Salinan Surat Akuan Sumpah (SPA.6C)
·         Salinan Surat Akuan Doktor
·         Salinan Penyata Perubahan (Kew. 8)
·         Salinan Surat Aku Janji

·         Senarai Semak Pengesahan Pelantikan


Apabila memperolehi surat Pengesahan pelantikan dari SPA ia akan direkod dalam buku perkhidmatan kerajaan yang merupakan buku rekod untuk semua proses atau kejadian semasa berkhidmat. Semasa dalam berkhidmatan diletak syarat :
·         Berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun
·         Hadir dengan jayanya program transformasi minda
·         Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan

·    Patuhi Surat Akur Janji dan Perkeliling Dan Peraturan Dalam Perkhidmatan   Awam




Contoh Format Pengesahan Pelantikan (PL)



‘PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN BERINTEGRITI’
                                                                                                           
                                                                                                           IM:101/D-A/511-745(12 )

Setiausaha                                                                                             03 Syaaban 1435H
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia                                                  01 Jun 2014
Bahagian Perkhidmatan
Aras 8, Blok C7, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
(u.p: Puan Baik binti Comel)


Tuan,

PENGESAHAN PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN
PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17
ENCIK XXXXX BIN YYYYY
NO KP : 123456-00-1234

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.  

  ...       2.         Bersama-sama ini dikemukakan salinan dokumen-dokumen seperti senarai di bawah untuk diperakukan supaya disahkan pelantikan tetap sebagai Pegawai Imigresen Gred KP17.  Tarikh melaporkan diri pada 27.04.2014.

2.1.        Salinan Surat Tawaran Pelantikan Tetap sebagai Pegawai Imigresen Gred KP17
2.2.        Salinan Surat Arahan Penempatan Pegawai Imigresen Gred KP17
2.3.        Salinan Surat Setuju Terima Pelantikan (SPA 6A)
2.4.        Salinan Surat Akuan Sumpah(SPA 6B)
2.5.        Salinan Surat Akuan Doktor
2.6.        Salinan Penyata Perubahan (Kew.8)
2.7.        Salinan Surat Aku janji oleh Pegawai
2.8.        Salinan Kad Pengenalan Pegawai

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘MESRA, AMANAH DAN TEGAS’
‘KHIDMAT DENGAN SENYUMAN’

Saya yang menurut perintah,




(CONTOH BIN SURAT)
Pengarah Jabatan XXXX
MALAYSIA.



##### Selepas itu ada senarai semak bagi memudahkan semakan pembuat (Jabatan) dan penerima (SPA)#####


Senarai Semak
Pengesahan Pelantikan

  Nama Pegawai: XXXXX BIN YYYYY

  No. Kad Pengenalan: 123456-03-1234

  Jawatan: PEGAWAI IMIGRESEN  Gred: KP17


Terus
KPSL
Pegawai Sedang Berkhidmat
/


  Jenis Lantikan :
  [Tandakan ( / )]

  DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:                                                                    Tandakan [ / ]

 

1.   Surat Setuju Terima Pelantikan (SPA. 6A)
 

2.   Surat Akuan Sumpah (SPA. 6B)(Bagi Pegawai Lantikan Terus)

3.   Pengesahan Pengamal Perubatan Berdaftar (Bagi Pegawai Lantikan Terus)
Keputusan Pemeriksaan: Sihat/Tidak Begitu Sihat/Tidak Sihat*
(Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013)

4.   Penyata Perubahan (Kew. 8)
     Tarikh Pegawai Lapor Diri  : 27.04.2014
 

5.   Surat Aku Janji

6.   Salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR*                                                    
         (Jika Disyaratkan Dalam Surat Tawaran)
 

7.   Salinan Perakuan Pendaftaran Sementara/Penuh
    (Bagi Pegawai Perubatan/Pergigian/Farmasi)
 

8.   Salinan Kad Pengenalan Pegawai

 [ * ] Potong Yang Tidak Berkenaan


Disemak Oleh:
           
Tandatangan : _______________________

Nama            : CONTOH BIN SURAT                                     
Jawatan        : PENGARAH JABATAN XXX

Tarikh           : _______________________

Cop Rasmi Jabatan :




 
 

Disediakan Oleh:

Tandatangan  : _________________________

Nama                : RAJIN BIN TULIS

Jawatan             : PEMBANTU TADBIR N17

Tarikh                : _________________________

                                                                                     Cop Rasmi Jabatan:



Diisi Oleh SPA
Ruj. Surat Jabatan

Disemak oleh :
Ruj. SPA

Tarikh Surat

Tarikh Diterima


Pindaan Berkuat Kuasa Mulai 12 Mac 2013

***APABILA BERJAYA DALAM PROSES INI PENJAWAT AWAM PERLU LULUS EXAM YANG DITETAPKAN DAN KURSUS TRANFORMASI MINDA YANG TELAH DITETAPKAN **



Tiada ulasan:

Catat Ulasan