19 September 2015

HINDARI SIFAT RIAK YANG MERUPAKAN SYIRIK KECIL

Dalam dunia moden hari ini pelbagai sifat yang tidak disangka sangka yang dilakukan oleh umat manusia pembunuhan kejam, rompakan, rogol dan lain lain yang memeningkan kepala kita untuk memikirkan kejahatan mereka..Ini semua berpunca dari pelbagai sifat diri manusia antaranya sifat RIAK . Riak ialah cabang Maksiat hati ."Riak" berpunca daripada hati yang dipengaruhi oleh hawa nafsu bagi menarik perhatian orang lain kepadanya yang terpancar pada kata-kata, perlakuan, tindakan dan amalan, tujuan yg tersirat disebalik sifat riak itu ialah.. 
1. Untuk menunjukan kelebihan diri dan mendapat sanjungan dan pujian daripada orang lain yang berasa kagum atas kelebihannya yang tetentu.

2. Untuk meletakan dirinya setaraf dengan golongan tertentu seperti orang alim atau orang berpangkat.

3. Untuk melindungi kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Dengan kata-kata lain orang yang riak ialah orang yangg tidak ikhlas, sebab itu riak termasuk dalam sirik yang tidak nyata "sirik kecil" . Orang yang sedemikian merupakan orang yang dikuasai oleh hawa nafsu yang akan merosakan dirinya sendiri.
Ada 12 Sifat Riak
1.Riak pada ibadah
2.Riak pada ilmu
3.Riak pada amal kerja
4.Riak pada kata-kata
5.Riak pada zuhud
6.Riak pada harta
7.Riak pada pangkat atau kedudukan
8.Riak pada pencapaian
9.Riak pada kebolehan
10.Riak pada tubuh badan
11.Riak dengan suara
12.Riak pada kumpulan


"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan