25 September 2015

MYVI PILIHAN UTAMA RAKYAT MALAYSIA PADA TAHUN 2015


Myvi adalah jenama kenderaan keluaran Perodua (“Perusahaan Otomobil Kedua”)yang mendapat sambutan paling hangat di pasaran dengan jumlah jualan keseluruhan melebihi 850,000 unit sekali gus menjadikan ia jenama paling popular di negara ini termasuk pada tahun 2014 yang terjual 82,000 unit. Sejak Perodua Myvi dilancarkan pada 2005, model itu memiliki 10 varian. Generasi kedua Myvi dilancarkan pada 2011, secara purata jualan dan tempahan bagi Myvi ialah kira-kira 8,000 unit sebulan. Iaitu purata 96,000 unit setahun. Harga di atas jalan bersama insurans bagi model Myvi adalah diantara RM41,500 dan RM58,900 untuk pasaran di Semenanjung Malaysia. Myvi juga di eksport ke ke Singapura, Fiji, Nepal, Mauritius dan Sri Lanka. Myvi siri mempunyai 2 generasi Generasi Pertama (2005-2011) dan Generasi kedua (2011-kini) Model pelbagai jenis contoh yang popular MYVI SE



Persoalan kini mengapa Myvi menjadi pilihan ramai dan terlaris di pasaran..ramai berpendapat sebab utama ialah minyak yang jimat, kurang masalah untuk injin dan lain lain part dan body yang pendek tetapi dalaman luas memudahkan pergerakan dan parking lastly mungkin pelbagai teknologi baru telah diaplikasikan untuk semua model myvi manakala kekurangnya ruang simpanan barang-barang dibonet belakang agak sempit berbanding model jenama lain, selain harga yang agak mahal berbanding cc injin ditawarkan.

Perodua Myvi merupakan model terbaik untuk 9 tahun berturut-turut  dari tahun 2006 hingga 2014 di Malaysia, Myvi juga telah menerima pelbagai anugerah. Anugerah terbaru ialah untuk kategori Kereta Nilai Terbaik Untuk Wang (bagi 1.3 liter dan ke atas) pada Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2015. Anugerah ini diterima mengikut pencapaian yang dirangkul oleh Myvi iaitu merangkumi jumlah jualan pada tahun 2014, harga jualan model yang dijual pada tahun 2014, penggunaan bahan api dan jumlah kos pemilikan dalam tempoh lima tahun atau lebih kurang 100,000 km penggunaan.

Kesimpulannya sesebuah kereta itu hanya pembeli yang tahu apa yang menyebabkan membeli Myvi..enjoyyy…..









Tiada ulasan:

Catat Ulasan