27 September 2015

TIPS BERGUNA APABILA ANDA TIDAK MAMPU MEMBAYAR KERETA

  Bugatti Veyron Sports – RM5,618,500
Lamborghini Reventon – RM5,288,000
Ferrari Enzo – RM2,214,350
Kereta pada zaman ini sudah menjadi kewajipan bagi memudahakan dan mencepatkan perjalanan ke satu distinasi paling penting ke tempat kerja tetapi kekadang sesetengah orang kereta itu sudah menjadi bahan tunjuk menunjuk tanda kemewahan ini menyebabkan mendatangkan masalah tidak mampu bayar..Jadi disini ada Tips sangat baik daripada Persatuan Keselamatan Pengguna. (PKP)

Sekiranya anda tidak mampu meneruskan membayar finance kenderaan anda,
jangan sesekali anda:
- Serah kpd pihak ke3 (samb.bayar @ skim sewa)
- Sembunyikan drp pihak bank elak ditarik.
- Jual spare part atau sebagainya..

Ini kerana anda akan diblacklisted, CCRISS, dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci kereta anda.

Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari drp tarikh anda serah kpd bank untuk dituntut semula.
Sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari daripada tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong tadi akan ditolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda.

Bank tidak boleh tarik kenderaan anda sekiranya:

1- Finance dh melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah

2- Kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.

3- Pada hari cuti umum

4- Selepas jam 9 malam.

-Ajen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula drp KPDNKK.

- Sekiranya sipenarik kereta datang lebih daripada seorang, semua daripada mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dan lain lain.

Sekiranya berlaku juga seperti yang diatas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

#Jadilah pengguna yang bijak..sharing is caring‍‌‌‌‌‍‍‍‍‌‌✌

Gangster Penarik Kereta


Tiada ulasan:

Catat Ulasan