30 July 2015

FILEM CJ7 WATAK BUDAK LELAKI DICKY SEBENARNYA WANITA

Adakah anda semua pernah menonton filem CJ7? Filem yang ditulis dan diarahkan serta dibintangi oleh pelakon dan pelawak Hong Kong terkenal iaitu Stephen Chow. Selain watak Chow dan Alien lucu bernama CJ7, watak anak Chow dalam filem itu bernama Dicky Chow kelihatan comel dan menarik sepanjang filem itu, Persahabatan Dicky sang anak kecil yang lucu dan nakal dengan CJ7 memang membuat penonton ketawa, kagum, sekaligus sedih tetapi anda semua tahu siapakah pelakon asal Dicky? Tak lain dia adalah pelakon China kelahiran 5 Ogos 1997 bernama Xu Jiao
Di dalam cerita tersebut watak Dicky ialah seorang budak lelaki yang tinggal bersama ayahnya yang miskin dan kematiaan ibunya. Ramai yang menganggap begitu iaitu seorang budak lelaki namun tahukah HAKIKAT sebenar dicky merupakan remaja perempuan yang cantik. Beliau ialah pelakon kelahiran Ningbo Zhejiang China yang dilahirkan pada 05 Ogos 1997 sekarang berumur 17 tahun. Peranan dan watak yang menjadi  sebagai Dicky dalam filem tersebut membawa Jiao meraih anugerah di Hong Kong Film Awards 2008. 

Dalam temu bual yang pernah dilakukan  Jiao mengakui bahawa keperibadian dirinya dan Dicky sangat berbeza namun pelakon yang sudah beranjak remaja ini dengan jujur ​​mengakui bahawa lakonan menangis CJ7 ialah saat sukar untuk dihayati. Potongan rambut yang pendek seperti budak laki-laki membuat Jiao berjaya menjelma watak menjadi sebagai Dicky. Dengan kepercayaan diri bahawa rambutnya akan tumbuh panjang, kini Jiao sudah tumbuh jadi remaja cantik.


27 July 2015

AMALAN HARIAN YANG MUDAH BAGI MENCUCI DOSA DOSA KITA

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas seperti Imaginasi kotor, lucah, percakapan dan perbuatan yang tidak betul serta sia sia secara sedar atau tidak sedar sengaja atau tidak sengaja ini akan membuatkan kita semakin jauh dengan Allah SWT tetapi itulah kita manusia tidak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita agar dapat kita berbahagia dan berkat untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini dan seterusnya meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih bermakna. Marilah kita amalkan amalan harian yang mudah serta juga sunah Nabi SAW ini:
** Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT
** Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat pendek dan ringkas 3Qul, atau ayat qursi.
** Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid dahulu, Niat Iktikaf kerana masjid merupakan pusat keberkahan serta tempat orang beriman dan rajin rajinlah untuk memakmurkan masjid Allah.
** Keempat:
Jaga Solat Sunat terutama solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
** Kelima:
Jaga dan Amalkan bersedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
** Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
** Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
** Berzikir
Amalkan Berzikir.. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling mujarab dan dengan zikir berbagai keberkatan dan kemuliaan untuk umat manusia

 Sebarkanlah ilmu ini mudah ini kepada kawan supaya semua kita saling ingat mengingati dan memperolehi keberkatan dunia dan akhirat aminnn......

25 July 2015

KEHEBATAN DOA DALAM MENGHADAPI CABARAN DAN LIKU KEHIDUPAN DUNIA HARI INI

Pada zaman moden dan dunia yang amat mencabar hari ini kita diuji dengan pelbagai musibah dan bala di segenap pejuru contohnya harga duit jatuh, ekonomi dan politik yang tidak stabil , Keadaan sosial yang semakin teruk , barangan mahal dan lain lain lagi. Ini semua akan menambah kecelaruan dan bebanan dalam kehidupan harian kita ..Kita semua pening kepala memikirkan..Kita semua jangan kecewa teruskan usaha untuk menghadapi hari mendatang, teruskan tugas dan kerja harian untuk menyara hidup keluarga dalam masa itu juga amalan wajib dan sunat jangan dilupakan walau sesibuk mana sekalipun, akhir sekali berdoa dan tawakkal..ini pasti hidup kita tenang dan berkat…senjata terakhir BERDOA
Doa adalah memohon atau meminta suatu yang bersifat baik kepada Allah SWT seperti meminta keselamatan hidup, rezeki yang halal dan keteguhan iman. Sebaiknya kita perlu berdoa kepada Allah SWT setiap saat kerana doa akan selalu didengar olehNya. Kita semua janganlah berputus asa dari rahmat Allah ta’aala. Bila anda merasa takdir yang Allah ta’aala tentukan bagi hidup anda tidak memuaskan, maka tadahlah kedua tangan dan berdoalah kepada Allah ta’aala. Allah ta’aala Maha Mendengar dan Maha Berkuasa untuk mengubah takdir Anda
Dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan manusia kepada Allah SWT. Dengan berdoa kepada Allah SWT juga dapat mengukuhkan atau memperteguhkan lagi iman kita, Iaitu kita yakin Allah SWT tempat meminta, tempat memohon bukan meminta dari benda lain kecuali kepada Allah SWT .Kita sebagai hambaNYA adalah makhluk yang hina dan selalu dalam kekurangan disemua segi maka berdoa sangatlah diperintahkan oleh agama Islam,doa ialah senjata orang mukmin. Bila berdoa permintaan kita terus kepada  Allah SWT tanpa ada sekatan , Ia amat senang dan mudah untuk dilakukan yang tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat seperti ibadah shalat, zakat dan puasa cuma ada adab, syarat syarat yang mudah dan murah agar doa kita dimakbul olehNYA
Banyak firman Allah SWT dan hadits Rasulullah SAW yang menerengkan tentang doa dan merintahkan orang-orang beriman agar berdoa diantaranya adalah sebagai berikut:
Artinya: "Dan berfirman Tuhanmu "Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu."  (Surah Al-Mu'min, ayat 60)
Artinya: "Mohonlah (berdoalah) kamu kepada Tuhanmu dengan cara merendahkan diri dan cara halus, bahwasannya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas; dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi (masyarakat) setelah la baik; dan mohonlah (berdoalah) kamu kepada Allah dengan rasa takut dan loba (sangat mengharap); bahwasannya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang-orang, yang ihsan (Iman kepada Allah dan berbuat kebajikan)."         (Surat Al-A'râf ayat 55-56)
“Tidak ada yang dapat menolak takdir (ketentuan) Allah ta’aala selain do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memanjangkan) umur seseorang selain (perbuatan) baik.” (HR Tirmidzi 2065)

“Barangsiapa tidak berdo’a kepada Allah ta’aala, maka Allah ta’aala murka kepadanya.”           (HR Ahmad 9342)
Tujuan Berdoa

>> Memohon agar kehidupan ini selalu dalam bimbingan dan diberkati Allah SWT 

>>  Agar selamat dunia akhirat

>>  Untuk mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT

>>  Meminta perlindungan Allah SWT dari syaitan dan iblis yang terkutuk

Waktu-Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa Kepada Allah SWT

>> Ketika membaca AlQuran

>> Setelah Solat wajib

>> Pada saat tengah malam setelah sholat tahajud

>> Saat melaksanakan ibadah haji

>> Saat berpuasa wajib dan sunat
 

Adab Atau Tata Cara Berdoa

>> Menghadap ke Kiblat / Ka'baah

>> Sebelum berdoa membaca bissmillah, istighfar . Kemudian diikuti selawat kepada  nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya

>> Mengangkat kedua tapak tangan sebelum berdoa dan mengusap muka dengan telapak tangan setelah selesai berdoa

>> Melembutkan suara dan berada dalam keadaan tenang semasa berdoa

>> Khusyuk, ikhlas dan serius dan meminta benda yang baik bukan untuk keburukan

>> Berharap agar doanya diterima Allah SWT

>> Berdoa perlu diulang  pada waktu lain untuk menunjukkan keseriusan kita agar dikabulkan oleh Allah SWT

>> Setelah selesai berdoa ditutup dengan selawat keatas nabi dan pujian pada Allah SWT.



>>>>SEMOGA BERMENAFAAT DAN DIAMALKAN OLEH KITA SEMUA..AMINNN<<<<




PEDOMAN DAN PETUA KESIHATAN HARIAN BAGI KEHIDUPAN ANDA

Selepas sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia, kini kita sama sama menyambut Syawal yang mulia, kalau bulan puasa badan kita turun hingga 5kg jangan syawal ini badan kita naik sekali ganda, makan perlu kawal kerana permakanan boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada kita terutama yang tidak bersukan/berpeluh..dibawah ini disertakan tip tip senang untuk kita amal dan ingat mengingati....
Lapan Jenis Makanan Yang Paling Baik Mencegah Penyakit :
>> Delima,Tamar, Kurma, Jabbit dan Buah Tin
>> Yogurt
>> Bawang putih dan Bawang besar
>> Teh hijau
>> Oat
>> Labu
>> Brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Tiga Perkara Membawa Penyakit :
1) Banyak bercakap
2) Banyak tidur
3) Banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Empat Perkara Merosakkan Badan:
1) Dukacita
2) Sedih
3) Kebulur/Lapar
4) Tidak Tidur Malam
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Empat Perkara Menambah Seri Wajah :
1) Taqwa
2) Jujur
3) Pemurah
4) Jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Empat Perkara Menarik Rezeki : 
1) Qiamulail
2) Banyak istighfar di waktu 2/3 malam
3) Biasakan bersedekah walaupun pada jumlah yang kecil
4) Berzikir waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Empat Perkara Menjauhkan Rezeki :
1) Tidur waktu pagi
2) Tidak atau Sedikit bersolat
3) Malas

** SEMOGA INFO PENDEK INI MENJADI PEDOMAN DI DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA SEMUA..AMINNNN..**

23 July 2015

AMALAN HARIAN BAGI KEBERKATAN KECERIAAN SESEBUAH RUMAH ATAU KELUARGA

Semua kita ada kediaman sendiri atau mengidamkan kediaman sama rumah sendiri atau menyewa. Rumah ini ialah tempat untuk istirehat dan berlindung dari panas hujan .Kediaman itu tidak kiralah rumah besar atau rumah kecil yang penting penghuni di dalam mendiami dengan penuh kebahagian dan keberkatan kerana dalam seharian 24 jam memang kita banyak masa berada dirumah. Bersama keluarga bagi yang sudah berkahwin atau dengan kawan kawan bagi yang bujang..Apabila kediaman berkat dan diredhaiNYA kehidupan kita dengan sendiri akan ceria diluar seperti ditempat kerja dan seterusnya akan menjadikan hidup kita bahagia dan berkualiti....aminn


TIP AGAR KEDIAMAN ATAU KELUARGA ITU BERKAT DAN BAHAGIA….
Ø  Selalu atau hidupan dengan membaca Al Quran di dalam rumah
Ø  Selalu lakukan solat sunat
Ø  Jangan tinggal solat wajib dan amalkan solat berjemaah bersama
Ø  Makan bersama sama kerana didalamnya banyak keberkatan
Ø  Amalkan memberi salam ketika masuk dan keluar rumah
Ø  Amalkan selalu mengajak tetamu bertandang kerana tetamu membawa keberkatan
Ø  Jangan menggunakan bomoh bagi menjaga/memagari rumah
Ø  Menjaga kebersihan dalam rumah dan sekitarnya



Lambang kebersihan seseorang selain daripada diri dan pakaiannya juga dapat dilihat dari keadaan persekitaran kediaman. Sebuah  kediaman yang bahagia ialah yang sentiasa menjaga keindahan dan kebersihan di dalam dan di luar rumah agar ia kelihatan cantik dan menarik serta dapat memberi ketenteraman dan kenikmatan kepada penghuni rumah. Amalan menjaga keindahan dan kebersihan persekitaran rumah adalah satu amalan yang baik dan mulia. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Bersihkan halaman-halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman-halaman rumahnya”.(Riwayat at-Tabarani)

Semoga berfaedah dan bermenafaat untuk pembaca kalian..aminnn

SYAITAN IBLIS MENGHASUT DAN MENYESAT MANUSIA

Syaitan adalah musuh utyama manusia dan Allah S.W.T telah berfirman dengan menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. Kita wajib menentang syaitan dan iblis ini dari menguasai kita atau mengikuti atau terpegaruh oleh hasutan syaitan...kali ini mari kita semua kenali sifat dan tugas tugas iblis laknatullah ini....
ANAK-ANAK IBLIS LAKNATULLAH
Syaitan dan Iblis merupakan golongan penghasut yang juga beranak-pinak dan Syaitan ialah keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. 
Anak-anaknya adalah:
1.Tsabr : Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.
2.A'war : Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.
3.Miswath : Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
4.Dasim : Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
5.Zaknabur : Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).
6.Khanzab : Tugasnya menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
7.Walhan : Tugasnya menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.
Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan. Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.

AMALAN HARIAN BAGI MENGHINDARI GODAAN SYAITAN DAN IBLIS

Setiap hari ini pelbagai kejahatan berlaku di seluruh dunia ini, Kita dihidangkan pelbagai kes kes ngeri dan kejam di media media eletronik dan dada dada akhbar , kekadang kita pening mengapa manusia sanggup berbuat demikian sanggup bunuh ibubapa, bunuh anak, bakar, kerat ,Adakah ini kerana fikiran sudah tidak waras dihasut oleh syaitan dan iblis laknatullah..

Syaitan dan iblis ialah musuh utama manusia Allah SWT telah menegaskan bahwa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. sebagaimana firmanNYA (Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (QS.Al-Baqarah : 208 ) )

Erti Syaitan itu menurut Al-Quran Al-Kariem adalah makhluk yang kerjanya mengajak kepada perbuatan jahat dan keji serta berbohong dan termasuk jenis manusia yang jahat juga dipanggil atau ketogeri syaitan manakala Iblis adalah makhluk durhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis manusia. Al-Quran Al-Kariem secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah dari jenis jin dengan tingkahlaku dan sifat seperti syaitan

1. Mengajak Kepada Perbuatan Keji 
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.(QS. Al-Baqarah : 169 ) 

2. Memberi Janji Dan Angan-angan Kosong 
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (QS.An-Nisa : 120 ) 

Amalan Amalan Harian Yang Boleh Menghindari Godaan Syaitan Dan Iblis

+ Baca Bismillah
+ Baca Ayat Kursi
+ Baca Zikir setiap masa
+ Biar diri berkeadaan atau Sentiasa ada wuduk
+ Gemar dan sentiasa rapat atau berkawan dengan alim ulama atau orang yang baik baik
+ Jangan tinggal solat fardu dan sentiasa amal solat sunat
+ Selalu bertaubat dengan ikhlas dan berjanji tidak akan ulangi kesalahan
+ Sentiasa amal 3 kul semasa hendak tidur atau hendak lakukan tugas harian

Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian. Aminnn...




 

20 July 2015

WAJAH WAJAH KESEDIHAN BINTANG BOLA SEPAK DUNIA LIONEL MESSI DI DALAM KARIER BOLA SEPAKNYA




Apabila sebut nama lionel messi semua orang di dunia ini tahu siapa beliau .Seorang bintang bola sepak no 1 di planet ini, Banyak kejayaan dan keriangan dialami dalam kariernya terutama semasa mewakili kelab Barcelona tetapi ramai antara kita tidak tahu beliau juga ada alami saat kecewaan yang amat pedih dan pahit dalam kariernya terutama apabila tewas pada dua perlawanan akhir semasa mewakili negaranya Argentina. Kekecewaan terbesar ialah pada pelawanan akhir pada Piala Dunia FIFA 2014 apabila tewas 0-1 dimasa tambahan kepada pasukan Jerman dan tewas penalti 1-4  kepada pasukan Chile di perlawanan akhir Copa America 2015 yang lalu..dibawah ini ditampilkan wajah wajah kekecewaan dan kesedihan bintang bola sepak Lionel Messi dalam karier bola sepak...kami tumpang bersedih....tetapi Messi tetap no 1 di planet ini sebagai pemain bola sepak terbilang...

KEKECEWAAN LIONEL MESSI PADA FINAL PILA DUNIA FIFA  2014


























                         KEKECEWAAN LIONEL MESSI PADA FINAL COPA AMERICA 2015