09 Julai 2015

SENARAI BUKAN MAHRAM YANG TIDAK BOLEH BERSALAMAN DI HARI RAYA


 Hari Raya tahun ini makin hampir bagi kita semua, Moga kita sukses dan bergembira menyambutnya bersama keluarga dan saudara mara serta sahabat tersayang...Bila raya kita Saling bermaafan..dosa terhapus dan kembali bersih...tapi jangan dilupa dan perlu ambik cakna hal bersalaman dengan bukan mahram...dibawah disertakan senarai yang kita semua TIDAK BOLEH bersalam...
BAGI SEORANG LELAKI

1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

BAGI SEORANG PEREMPUAN

1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Ramai antara kita yang tidak tahu atau ambil mudah atau kadang kadang kita terlupa..Bila sudah baca ini jangan buat buat lupa. Haram....Maklumkan kepada kawan kawan anda semua...benda baik perlu dikongsi...aminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan