20 Jun 2021

PESANAN MKN TENTANG VAKSIN DAN JOM SAMA-SAMA KITA AMBIL VAKSIN

 Pelan Pemulihan Negara Pelaksanaan PKP penuh menyaksikan graf jangkitan kes Covid-19 mula menunjukkan pola melandai. Teruskan lagi!!

Pelan Pemulihan Negara merupakan panduan bagi setiap rakyat untuk bersama berusaha keluar dari kemelut pandemik Covid-19.

Vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia telah melalui proses penilaian ketat & semakan pelbagai aspek. Yakinlah dan dapatkan vaksinasi anda.

Anda dinasihatkan membawa kad pengenalan, telefon (bagi pengguna MySejahtera), senarai ubat yang diambil (jika ada) dan pen apabila hadir untuk divaksinasi.

Pelan Pemulihan Negara-pelan dinamik & komitmen Kerajaan bagi melindungi nyawa rakyat & memastikan kelangsungan hidup pulih seperti sediakala

Janji temu vaksinasi anda amat berharga. Semak status pendaftaran anda dan hadirlah mengikut jadual janji temu yang ditetapkan. #menangbersama