30 Julai 2015

FILEM CJ7 WATAK BUDAK LELAKI DICKY SEBENARNYA WANITA

Adakah anda semua pernah menonton filem CJ7? Filem yang ditulis dan diarahkan serta dibintangi oleh pelakon dan pelawak Hong Kong terkenal iaitu Stephen Chow. Selain watak Chow dan Alien lucu bernama CJ7, watak anak Chow dalam filem itu bernama Dicky Chow kelihatan comel dan menarik sepanjang filem itu, Persahabatan Dicky sang anak kecil yang lucu dan nakal dengan CJ7 memang membuat penonton ketawa, kagum, sekaligus sedih tetapi anda semua tahu siapakah pelakon asal Dicky? Tak lain dia adalah pelakon China kelahiran 5 Ogos 1997 bernama Xu Jiao
Di dalam cerita tersebut watak Dicky ialah seorang budak lelaki yang tinggal bersama ayahnya yang miskin dan kematiaan ibunya. Ramai yang menganggap begitu iaitu seorang budak lelaki namun tahukah HAKIKAT sebenar dicky merupakan remaja perempuan yang cantik. Beliau ialah pelakon kelahiran Ningbo Zhejiang China yang dilahirkan pada 05 Ogos 1997 sekarang berumur 17 tahun. Peranan dan watak yang menjadi  sebagai Dicky dalam filem tersebut membawa Jiao meraih anugerah di Hong Kong Film Awards 2008. 

Dalam temu bual yang pernah dilakukan  Jiao mengakui bahawa keperibadian dirinya dan Dicky sangat berbeza namun pelakon yang sudah beranjak remaja ini dengan jujur ​​mengakui bahawa lakonan menangis CJ7 ialah saat sukar untuk dihayati. Potongan rambut yang pendek seperti budak laki-laki membuat Jiao berjaya menjelma watak menjadi sebagai Dicky. Dengan kepercayaan diri bahawa rambutnya akan tumbuh panjang, kini Jiao sudah tumbuh jadi remaja cantik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan