23 July 2015

AMALAN HARIAN BAGI KEBERKATAN KECERIAAN SESEBUAH RUMAH ATAU KELUARGA

Semua kita ada kediaman sendiri atau mengidamkan kediaman sama rumah sendiri atau menyewa. Rumah ini ialah tempat untuk istirehat dan berlindung dari panas hujan .Kediaman itu tidak kiralah rumah besar atau rumah kecil yang penting penghuni di dalam mendiami dengan penuh kebahagian dan keberkatan kerana dalam seharian 24 jam memang kita banyak masa berada dirumah. Bersama keluarga bagi yang sudah berkahwin atau dengan kawan kawan bagi yang bujang..Apabila kediaman berkat dan diredhaiNYA kehidupan kita dengan sendiri akan ceria diluar seperti ditempat kerja dan seterusnya akan menjadikan hidup kita bahagia dan berkualiti....aminn


TIP AGAR KEDIAMAN ATAU KELUARGA ITU BERKAT DAN BAHAGIA….
Ø  Selalu atau hidupan dengan membaca Al Quran di dalam rumah
Ø  Selalu lakukan solat sunat
Ø  Jangan tinggal solat wajib dan amalkan solat berjemaah bersama
Ø  Makan bersama sama kerana didalamnya banyak keberkatan
Ø  Amalkan memberi salam ketika masuk dan keluar rumah
Ø  Amalkan selalu mengajak tetamu bertandang kerana tetamu membawa keberkatan
Ø  Jangan menggunakan bomoh bagi menjaga/memagari rumah
Ø  Menjaga kebersihan dalam rumah dan sekitarnya



Lambang kebersihan seseorang selain daripada diri dan pakaiannya juga dapat dilihat dari keadaan persekitaran kediaman. Sebuah  kediaman yang bahagia ialah yang sentiasa menjaga keindahan dan kebersihan di dalam dan di luar rumah agar ia kelihatan cantik dan menarik serta dapat memberi ketenteraman dan kenikmatan kepada penghuni rumah. Amalan menjaga keindahan dan kebersihan persekitaran rumah adalah satu amalan yang baik dan mulia. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Bersihkan halaman-halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman-halaman rumahnya”.(Riwayat at-Tabarani)

Semoga berfaedah dan bermenafaat untuk pembaca kalian..aminnn