14 September 2015

SEJARAH KECEMERLANGAN DAN KEJATUHAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 oleh Andrew Caldecott (gabenor Hong Kong 1935 - 1937). Sejak dari itu aktiviti bola sepak semakin maju dan diteruskan oleh FAM dan semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat bermain bola sepak. Kejohanan pertama yang dianjurkan di Malaysia ialah Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia). Selepas 50 tahun penubuhan baru Malaysia menlahirkan ramai pemain hebat . Mereka ini mewakili Malaysia dalam banyak kejohanan antarabangsa. Contoh pemain yang terkenal ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia dan pemenang Anugerah bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong dan lain lain lagi..

Bermula Tahun 1970-an, prestasi bola sepak di Malaysia boleh dikatakan telah mencapai kemuncak prestasi dalam erti kata lain bahawa Malaysia pada masa itu merupakan kuasa bola sepak yang utama di Asia dan berada dalam rangking yang tinggi di dunia tetapi masa itu FIFA masih belum mempunyai sistem rangking seperti sekarang .Berdasar rekod sistem rangking FIFA Malaysia menduduki rangking tertinggi pada Ogos 1993 iaitu pada tangga 75 dunia manakala rangking terendah ialah pada April 2008 tangga 170 dunia Manakala negara-negara Asia Timur seperti Korea Selatan dan Jepun boleh dikatakan "tidak memiliki tiada apa apa dalam dunia bola sepak ketika itu".
Bintang bola sepak terkenal Malaysia Ialah Allahyarham Mokhtar Dahari (1953-1991) Beliau ialah pemain terbaik di Asia dan pemenang Anugerah bola emas AFC, Beliau ialah bekas penyerang pasukan Malaysia yang sangat popular di Asia yang telah menaikan martabat dunia bola sepak di Malaysia. Bintang yang lain ialah Hassan Sani, James Wong, Santokh Singh yang membawa Malaysia untuk beraksi di Sukan Olimpik Moscow 1980. Di Peringkat Asean Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 dan menrupakan gelaran pertama bagi Malaysia diperingkat Asia Tenggara.
Piala Malaysia ialah kejohanan bola sepak pertama di Asia dengan nama Piala HMS Malaya yang bermula pada tahun 1921. Penganjuran Piala HMS Malaya edisi pertama dimenangi oleh pasukan Kelantan manakala pasukan Selangor merupakan pasukan yang paling kuat dan memenangi paling banyak Piala Malaysia. Pestabola Merdeka pula ialah kejohanan yang dianjurkan untuk bola sepak antarabangsa bagi memeriahkan sambutan ulang tahun hari kebangsaan Malaysia pada bulan Ogos yang mana merupakan kejohanan yang popular ketika dahulu yang disertai oleh pasukan pasukan popular seluruh dunia..
Bermula tahun 1990an prestasi Bola Sepak Malaysia telah jatuh pelahan pelahan tanpa disedari, entah dimana silapnya sehingga rangking dunia FIFA bola sepak Malaysia telah jatuh merudum sehingga tangga 168 dunia dan 34 Asia (September 2015) yang mana setaraf Bangladesh dan Pakistan . Negara Asia Barat dan Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan yang dulu bukan tandingan bagi Malaysia telah jauh meninggalkan kita dan menjadi kuasa bola sepak dunia dengan rangking dunia 40 (Iran) 57(Korea Selatan) 58 (Japan) Kejatuhan bola sepak Malaysia sampai kemuncak pada 03.09.2015 lalu apabila dibelasah teruk oleh UAE 10-0 dikelayakan Piala Dunia Zon Asia 2015 yang mana menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Malaysia dan ia boleh dikatakan menjadi Tragedi Negara . Kekalahan tersebut merupakan kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak negara manakala rekod kemenangan terbesar Malaysia ialah pada 27 Ogos 1962 dengan membelasah Filipina 15-1 bertempat di Jakarta Indonesia..Masa sekarang Filipina berada jauh dari negara kita..Pada masa sekarang stadium rasmi untuk bola sepak Malaysia ialah Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti 100,000 orang…Stadium hebat lagi hebat jika pasukan kita hebat….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan