29 September 2015

RONALDINHO MENINGGALKAN KELAB FLUMINENSE SELEPAS HANYA SEMBILAN PERLAWANAN

Berita terkini yang mengejut seluruh peminat bola sepak dunia.Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho telah meninggalkan kelab Fluminense pada hari ini 29 September 2015 kurang daripada tiga (3) bulan selepas mengikat kontrak dengan kelab tersebut. Bekas pemain antarabangsa Brazil yang menyertai kelab Fluminense dari kelab Mexico Queretaro pada 11.07.2015 dengan perjanjian kontrak  satu tahun setengah tetapi pemergiannya telah disahkan pada Isnin. Ronaldinho yang berumur 35 tahun, bergelut dengan prestasi bagi memberi impak di Fluminense, gagal untuk menjaringkan gol dalam sembilan (9) perlawanan untuk kelab Serie A tersebut. Pemenang dua (2) kali anugerah FIFA World Player of the Year pernah diejek oleh penyokong sendiri ketika perlawanan liga pada bulan Ogos lepas.

Penamatan kontrak telah disahkan oleh Fluminense melalui laman web mereka. Penamatan kontrak tersebut dikatakan berkaitan kurang penyediaan dan latihan beliau menyebabkan prestasi buruk di kelab barunya.Masa depannya masih tidak jelas, tetapi Ronaldinho yang 97 kali mewakili negaranya dan pernah  membantu Brazil menjuarai Piala Dunia FIFA 2002 pasti berada dalam RADAR kelab kelab di dunia kerana namanya yang telah menjadi lagend dalam arena bola sepak dunia .Permintaan atau minat kelab kelab tersebut mungkin menjadi serampang dua mata ,kalau bukan prestasi beliau pasti Ronaldinho akan menjadi produk pemasaran sesebuah kelab untuk tujuan meningkat saham dan tarikan peminat. Enjoyyy….