19 September 2015

TUGAS PEMBANTU OPERASI N11 DAN PEMBANTU AWAM H11 SERTA PEMANDU KENDERAAN H11



Dalam Perkhidmatan Awam tiga jawatan yang paling rendah tetapi amat penting bagi sesebuah organisasi atau jabatan bagi mengerakan sesuatu tugas atau misi visi jabatan atau organisasi tersebut, kalau tiada jawatan ini akan tergendala atau lumpuh atau tidak licin tugasan sesebuah organisasi atau jabatan, jadi kesimpulan anda jangan pandang rendah tugas mereka..tidak percaya cuba semak atau buat kajian di sesebuah pejabat tersebut...Tiga jawatan tersebut ialah Pembantu Operasi Gred N11( dulu dikenali Pembantu Am Rendah N1 ), Pembantu Awam Gred H11(dulu dikenali Pekerja Rendah Awam (PRA R1) dan Pemandu Kenderaan Gred H11(dulu dikenali Pemnadu Kenderaan Bermotor R1)..

Tugas Tugas jawatan tersebut ialah seperti mana yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ialah...

Pemandu Kenderaan Gred H11
Deskripsi Tugas:
a. Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)


b. Menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa   berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumperroller dan traktor pertanian.

Pembantu Operasi Gred N11
Deskripsi Tugas:

a.  Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis.
b.  Pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh  lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
c.    Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang  memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.

Pembantu Awam Gred H11
Deskripsi Tugas:

a.    Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
b.    Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
c.    Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
d.    Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan