01 February 2015

DEFINASI PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA



Erti "Penjawat Awam" adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang bekerja dan makan gaji dengan kerajaan. Mereka ini diamanahkan dengan senarai tugas yang telah ditetapkan mengikut sasaran kerja dan waktu yang telah digariskan.Istilah perkhidmatan awam atau sektor awam sangat sinonim dengan perkataan sektor kerajaan.Sehubungan itu,kakitangan kerajaan adalah pekerja dalam sektor awam atau pekhidmatan awam. Sejarah Perkhidmatan Awam Malaysia telah lama bermula iaitu zaman kerajaan melaka lagi.

Nama perkhidmatan awam itu sendiri dengan jelas mengambarkan, Sektor yang berperanan untuk memberi perkhidmatan kepada setiap lapisan pelanggan .Pada masa yang sama perkhidmatan awam merupakan agensi yang menterjemahkan segala dasar kerajaan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat semua lapisan rakyat.
Rakyat adalah pelanggan perkhidmatan awam yang perlu dilayan dengan adil tanpa mengira kaum, agama, asal usul dan kedudukan ekonomi. Tanggunjawab utama kerajaan yang berterusan adalah penyampaian perkhidmatan dan public goods tanpa mengira latar belakang  yang perkhidmatan awam sebagai institusi yang bertanggungjawab terhadap rakyat, stakeholder serta pelanggan keseluruhannya imej dan integriti sektor awam perlu sentiasa di pertingkatkan dari masa ke semasa..

sekian...wassallam