15 February 2015

BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK DUNIA DIEGO MARADONA

Diego Armando Maradona lahir 30 Oktober 1960 ialah seorang pemain lagenda berasal dari Argentina. Beliau pernah beraksi dalam empat kejohanan Piala Dunia (1982 Sepanyol,1986 Mexico, 1990 Itali, 1994 USA )dan berkongsi anugerah FIFA Player of the Century bersama Pele, setelah diundi melalui Internet dan menduduki tempat teratas di laman web FIFA bagi pemain paling cemerlang sepanjang abad ke-20 pada tahun 2000.
Maradona banyak meraih piala bersama pasukan Boca Juniors, FC Barcelona dan SSC Napoli sepanjang kerjayanya. Sepanjang kerjaya bola sepak antarabangsa yang merangkumi 91 kali caps bersama argentina telah menjaring sebanyak 34 gol, beliau beraksi di empat kejohanan Piala Dunia FIFA, memimpin pasukan kebangsaan Argentina mencapai kejuaraan pada edisi tahun 1986, yang mana beliau meraih anugerah Bola Emas selaku pemain paling cemerlang sepanjang kejohanan. Beliau menjaringkan kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 terhadapEngland di pusingan suku akhir kejohanan 1986. Gol pertamanya merupakan handball yang dikenali sebagai "Tangan Tuhan", manakala gol kedua merupakan aksi kelicikan mengelecek bola yang mengagumkan sepanjang 60 meter mengatasi enam (6) pemain England, yang dikenali sebagai "The Goal of the Century" atau "Layang-layang Kosmos" di Argentina.
Beliau juga dianggap sebagai salah seorang pemain paling kontroversi dalam sukan bola sepak. Maradona digantung selama 15 bulan pada tahun 1991 setelah gagal dalam ujian dadah yang mendapati kokain di Itali, selepas itu didapati mengandungi efedrina pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat yang menutup terus kerjaya dan peluang bermain pada kejohanan itu menyebabkan argentina terus tersingkir kepada romania di peringkat pusingan ke dua (16 Pasukan) Setelah bersara dari persada bola pada hari jadi ke-37 pada tahun 1997, beliau mengalami masalah kesihatan dan berat badan, diburukkan lagi oleh salah guna kokain yang berterusan. Bagaimanapun, pembedahan mengokot perut membantunya mengawal penambahan berat badan. Semenjak mengatasi ketagihan kokain beliau menjadi hos TV di Argentina.


Beliau juga menjadi pengurus Argentina dari tahun 2008 hingga 2010 dan berjaya membaya argentina hingga peringkat suku tewas kepada jerman 0-4 , Beliau juga pernah menjadi pengurus pasukan Racing Club tahun 1995 dan Al Wasl UAE 2011-2012  tetapi kejayaan tidak memihak kepada berbanding semasa beliau menjadi pemain dulu..

Maklumat peribadi
Nama penuh
Diego Armando Maradona
Tarikh lahir
30 Oktober 1960 (54 tahun)
Tempat lahir
Villa Fiorito, Buenos Aires, Argentina
Tinggi
1.65 m (5 ka 5 in)
Posisi permainan
Penyerang,
Pemain tengah
Nombor
10
Kerjaya remaja
1969-76
Argentinos Juniors
Kerjaya senior*
Tahun
Pasukan
Kmncln
(Gol)
1976-1981
1981-1982
1982-1984
1984-1991
1992-1993
1993
1995-1997
Argentinos Juniors
Boca Juniors
Barcelona
Napoli
Sevilla
Newell's Old Boys
Boca Juniors
Career
166 (116)
40
 (28)
58
 (38)
259 (115)
29
 (7)
7
 (0)
31
 (7)
590 (311)
Pasukan kebangsaan
1977-1994
Argentina
91 (34)
Pasukan diurus
Al Wasl UAE 2011-2012
Argentina 2008-2010
Racing Club 1995