03 February 2015

NICOL DAVID CATAT REKOD DUNIA PEMAIN RANKING NO 1 PALING LAMA DI DUNIA


Tahniah kepada ratu skuasy negara Datuk Nicol David yang mencipta rekod dunia baharu apabila dapat bertahan sebagai pemain nombor satu dunia bagi tempoh paling lama. Nicol David yang mencipta rekod dunia baru 106 bulan di ranking pertama WSA. Nicol, 31, mencipta rekod dunia baharu apabila dapat bertahan selama 106 bulan sebagai pemain nombor satu dunia dalam senarai terbaharu Persatuan Skuasy Wanita (WSA). Pemain dari Pulau Pinang itu muncul sebagai pemain nombor satu dunia sejak Januari 2006, mengatasi rekod 105 bulan yang dicipta Susan Devoy dari New Zealand yang dipegangnya sejak Februari 1993. Nicol memungut 3,446 mata manakala pemain Mesir, Raneem El Welily selaku pemain nombor dua dunia, mengumpul 2,580 mata diikuti pemain dari England, Laura Massaro dengan 2,145 mata. Rekod itu diumum pada kejohanan JP Morgan Tournament of Champions di New York bulan lepas.



Datuk Nicol Ann David (lahir 26 Ogos 1983) adalah pemain skuasy wanita profesional Malaysia. Beliau telah memenangi gelaran Terbuka Dunia rekod 8 kali dalam tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014, dan juga gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.

Nicol merupakan pemain skuasy wanita pertama memenangi gelaran World Junior dua (2) kali pada tahun 1999 dan 2001 di bawah didikan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita untuk rekod ini, sehingga Raneem El Weleily menewaskan nicol dengan memenangi Kejuaraan Dunia kedua Junior pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA dan menjadi permain profesional pada tahun 2000 apabila beliau memenangi gelaran WISPA pertamanya, selepas hanya sebulan menanggotainya. Kemenangan itu datang pada bulan Februari, apabila beliau mengalahkan Salma Shabana pada perlawanan akhir terbuka Savcor Finland  Pada 7 Jun 2008, Nicol telah diberi penghormatan dengan Order of Merit (Darjah Bakti) atau DB sempena hari keputeraan Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau adalah penerima pertama anugerah yang telah diperkenalakan pada 26 Jun 1975. Nicol juga diamanahkan untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia dalam pembukaan Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004 dan dilantik sebagai duta  pepaduan negara.

Beliau dianggap oleh sesetengah orang sebagai salah satu pemain skuasy wanita terbaik sepanjang zaman dan pencapaian lain Nicol termasuk Kejohanan Skuasy Asia, yang beliau mencipta rekod memenangi sebanyak lapan (8) kali (pada tahun 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2011). Beliau juga telah mencipta rekod kemenangan tanpa kalah selama 13 bulan, 51 perlawanan dari Mac 2006 hingga April 2007, apabila beliau akhirnya tewas kepada Natalie Grinham pada perlawanan akhir 2007 terbuka Seoul Korea Selatan. Beliau
juga telah mendapatkan anugerah/ gelaran  pemain terbaik WSA sebanyakan tujuh (7)  kali, dari tahun 2005 hingga tahun 2010 dan tahun 2012.