23 February 2015

MAKANAN DAN KUIH MUIH TRADISI KELANTAN

Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai kuih tradisi Kelantan,(di Kelantan kuih disebut "tepung").Apabila sebut kuih Kelantan akan terbayang yang manis-manis, lazat dan sedap dan nama pelik pelik..berikut nama nama kuih tradisi kelantan...

Kategori Manis Dan Ringan Bermusim
Tahi Itik, Jala Emas, Kuih Kartun, Badak Berendam, Kuih Che Abang Balik , Kuih Che Abang
Guling Lidah Buaya, Lompat Tikam, Ondeh Ondeh, Puteri Mandi, Nekbat, Pohon Tanjung, Butir Nangka, Berolok, Cek Mek Molek, Bekka, Akok kedut

Kategori Biasa Tengahan (Lauk) Dan Ringan Tidak Bermusim
Ketupat Sotong, Laksa, Laksam, Solok Lada, Ayam percik, Gulai Ayam Kampung, Gulai Serati


Kategori Berat Dan Kenyang

Nasi Tumpang, Nasi Kerabu, Nasi Himpit, Nasi Dagang, Pulut Mangga, Pulut Berinti, Pulut Ikan Kering

Kuih diatas boleh dikatakan lazat dan sedap di makan, bagi saya amat berminat ondeh-ondeh dan tepung pelita, tetapi awas pengidap kencing manis elak makan kuih kuih tersebut.Bagi yang baru berkunjung kelantan bolehlah cuba kuih kuih diatas, Lokasi mudah hendak diperolehi ialah Pasar Besar Siti Khadijah, disitu terdapat banyak kuih tetapi tidak sehebat bulan puasa yang disemua tempat atau pasar ramadhan terbaik kuih kuih tersebut dengan harga yang berpatutan, yang paling penting tengok gerai yang bersih dan bebas dari lalat...selamat mencuba...