23 February 2015

ANGGARAN NILAI SEMASA LIONEL MESSI PADA TAHUN 2015

LIONEL MESSI
Mana-mana kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat penyerang terbaik dunia, Lionel Messi kini perlu memperuntukkan bajet minimum mencecah 312 juta pound (RM1.547 bilion).Ini disebabkan nilai kontraknya selama enam tahun untuk kekal bersama Barcelona dengan anggaran gaji tahunan sebanyak 17 juta pound (RM84.3 juta) sehingga 2018.Ini menjadikan jumlah keseluruhan gaji yang diperolehi dan dinikmati oleh bintang Argentina itu mulai sekarang sehingga penghujung kontrak, berjumlah 102 juta pound (RM505.8 juta). ditambah pula Barcelona mengenakan klausa pelepasan bernilai 210 juta pound (RM1.041 bilion) dalam kandungan kontrak baru itu, maka 312 juta pound adalah pakej keseluruhannya jika kelab kaya-raya seperti Manchester City atau Chelsea bercita-cita memiliki khidmat Messi

Namun angka tidak masuk perkara perkara lain sebab itu hanyalah minima melainkan pemain yang dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman itu bersetuju berhijrah tanpa kenaikan gaji pada masa depan. Secara realistiknya, peluang Messi, 25, untuk berhijrah ke destinasi lain termasuk Liga Perdana Inggeris boleh dikatakan mustahil buat masa ini. Dalam kontrak terdahulu, Messi meraih hanya 10 juta pound setahun, tidak termasuk tambahan 30 peratus yang datangnya daripada bonus berkaitan prestasi.Alangkah bertuahnya beliau dengan bakat semula jadi beliau menjadi billioniar tanpa disedari, doakan Malaysia ada menpunyai pemain bintang dan berkaliber seperti beliau...bermimpikah saya..he he