17 February 2015

MAKANAN TRADISI ULAM ULAMAN YANG MENYELERAKAN ANDA

ULAMAN

Apabila sebut ulam pasti akan menambah selera makan. Ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, Umbut ,biji, buah dan bunga yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum makan.contoh petai, pegaga, jering dan lain lain yang sewaktunya. Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk pauk yang lain seperti Ikan Tawar Bakar.

Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat melayu di kampung-kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar besar dan di Restoran tersohor. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini ia menjadi pilihan pelbagai golongan di negara ini..