08 February 2015

RAKET BADMINTON PILIHAN SAYA IALAH RAKET HART

LOGO HART

Salam sejahtera semua. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai Raket pilihan bagi peminat Badminton diluar sana. Di dunia ini bermacam macam jenama raket dari harga mahal ke harga paling rendah dan yang paling top serta popular ialah Yonex dan Li Ning (bagi harga yang mahal) manakala bagi harga yang sederhana dan murah ialah seperti jenama Apacs , Ashaway dan lain lain lagi yang tidak mampu saya tulis. Dalam sejarah saya sebagai pemain amatur sudah mencuba semua jenama raket diatas .

Hendak dijadikan cerita pada tahun 2005 semasa bekerja di Kuala Lumpur, setiap bulan saya selalu berkunjung ke PERTAMA Kompleks Kuala Lumpur untuk mencari raket, Shuttercock dll barang yang berkaitan badminton..Suatu hari satu tauke kedai perkenalkan kepada saya raket jenama HART, Pada masa itu promosi harga murah dalam RM250 untuk raket  yang high. Maka saya tawakal membelinya dan berani mencubanya. Keputusannya woow sungguh sedap dan rasa nikmat masa bermain, smash, loop, defender .Raket HART yang menjadi pilihan saya ialah yang over size dan yang ringan iaitu Model Hart Infinite X578 dan Hart Infinite Nano Wipe 78 yang harganya dalam RM300 dan RM250 sehingga kini saya menpunyai lima (5) pcs.



Raket Hart ini popular di Indonesia, dikeluarkan di kilang di Indonesia tetapi di raket di cetak Made In Japania menggunakan teknologi Japan dan nama untuk raket ini semperna nama lagenda badminton Indonesia RUDY HARTONO...(HART), bagi peminat badminton semua jangan malu malu mencuba raket ini bagi saya bila mencuba raket ini pasti raket Yonex dan Lining dibuang ketepi..ha ha..itu pandangan saya larr. 

Keburukan pertama raket ini ialah sistem 1 lubang untuk 1 string yang mana sesetengah kedai badminton sahaja yang mahir dan boleh memasangstring jadi terpaksalah kena cari kedai yang popular seperti Raket World Pertama Kuala Lumpur atau Kedai Hock Eng Sports Bangi .

Keburukan kedua setakat ini yang saya tahu hanya tiga (3) kedai sahaja di Kuala Lumpur yang menjual raket Hart iaitu di Kedai World Raket Pertama Kompleks Kuala Lumpur dan Racauet Zone Puchong (sebelah AJ Racket) tetapi di kedai kedai tersebut hanya mempunyai sedikit sahaja raket Hart dan tiada model pilihan yang high class dan Pro ..Jadi, kerana sudah jatuh cinta denga raket ini terpaksalah saya order online dari Indonesia iaitu  di www.tokoraket.com (Belanja pos mahal cikit)..satu raket model pilihan saya harganya mencecah RM400 termasuk belanja pos..itu sahaja untuk kali ini..Enjoyyy....


Hart Infinite X578
Hart  Infinite Nano Wipe 78

Teknologi Raket HART Oversize F1-F5 Technology



Raket HART pada umunya memiliki frame oversize 10% > daripada frame standard, sehinnga menghasilkan daya pantul 10% lebih besar.


Semua raket HART dengan siri INFINITE adalah raket oversize ,dibawah ada info tentang raket hart :

  • F1 & F2 :  Frame oversize (10%>frame standard), sistem string 1 lubang untuk 1 string.
  • F3 : inside wave (design bergelombang pada bagian dalam frame)
  • F4 : shaft antena / tapper shaft technology (shaft slim dari 7,5mm-6,5mm sehingga membuat raket lebih lentur
  • F5 : berat raket kurang dari 80 gram

  • MADE IN JAPAN
SIRI RAKET HART
SIRI RAKET HART
TEKNOLOGY RAKET HART
BEG RAKET HART
BEG RAKET HART