29 January 2015

PENJAWAT AWAM TANGGUNG JAWAB AMANAH BEBANAN


Apabila kita bercakap tentang Penjawat Awam sudah tentu kita akan terbayang kerja yang senang, mudah dan berhawa dingin serta gaji yang mahal...salah tu..sebenarnya bagi Penjawat Awam kepelbagaian jenis tugas yang tentunya berbeza di antara satu jawatan dengan jawatan yang lain. Tinggi taraf jawatan yang disandang maka tinggi pula imbuhan atau gaji yang bakal diperolehi, sesuai dengan beban tugas serta beratnya amanah yang dipikul. Buruh yang kita lihat begitu perit dan sengsara dalam mencari sesuap nasi hanya mendapat gaji yang kecil berbanding seorang Pengarah Urusan atau Pegawai Tinggi (PTD) yang kelihatan senang lenang duduk di atas sebuah kerusi empuk yang boleh berpusing serta dinyamani oleh penghawa dingin, adalah antara contoh terbaik untuk kita ukur berat beban amanah yang mereka masing-masing tanggung. Apabila diukur dengan beban tugas dan amanah serta tanggung jawab seseorang penjawat awam maka barulah kita merasa bahawa gaji yang kecil untuk tenaga buruh adalah adil, manakala gaji yang besar dengan segala keselesaan yang dinikmati oleh Ketua Majikan dan Pegawai Tinggi adalah lambang bahawa keadilan itu ditegakkan.

Pertama: Senarai Tugas(sasaran)
Setiap Penjawat Awam ada mempunyai senarai tugas yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan, dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam menjaga amanah yang dipertanggung jawabkan, Penjawat Awam mestilah mengutamakan tugas yang disenaraikan melebihi kepentingan peribadi.

Kedua: Menepati (Menghargai) Masa
Tidak kira apapun jawatan sudah tentu terikat dengan masa yang telah ditentukan. Ditentukan masa mula bekerja, masa rehat, masa balik/pulang kerja dan masa cuti.

Ketiga: Sifat Kepimpinan
Dengan keadilan Allah SWT setiap insan dikurniakan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri, disamping kehebatan yang diperolehi melalui pengalaman serta kemuliaan yang dimiliki dengan ketinggian ilmu. Ini jelas apabila setiap individu mampu memimpin sekurang-kurangnya untuk dirinya sendiri