28 January 2015

CALIPH BUSKERS POPULAR SELEPAS AJL 29

CALIPH BUSKERS POPULAR SELEPAS AJL 29 

Caliph Buskers ialah kumpulan muzik jalanan Orang Kelainan Upaya (OKU) kumpulan berkenaan dianggotai oleh 6 orang iaitu Khairul Azmi , Fendy Alun, 24, Mohd. Zaki Ismail, 36, Nirwan Zainal Abidin, 26, Nor Nadira Rubiana, 24, dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24. Populariti Caliph Buskers terus melonjak apabila rakaman video nyanyian mereka yang dimuat naik di laman YouTube mencecah lebih 300K dan mendapat jemputan dari pelbagai pihak seperti ditemubual di beberapa stesen radio tempatan antaranya Hot FM dan Era FM selain menjadi tetamu Malaysia Hari Ini (MHI) pada Selasa lalu. mStar Online pada Selasa lalu menyiarkan kenyataan kumpulan tersebut yang tetap akan meneruskan kerjaya mereka sebagai pemuzik jalanan walaupun telah meraih populariti luar biasa selepas kemunculan mereka di pentas akhir AJL 29 lalu. semoga sukses dan selamat berjaya bagi caliph buskers..