29 January 2015

CONTOH SURAT UNTUK PERLANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN BAGI PERJAWAT AWAM

Pegawai Perkhidmatan Awam yang dalam tempoh tiga tahun percubaan tetapi tidak juga lulus dalam peperiksaan atau gagal hadir Kursus Induksi atau Program Tranfomasi Minda haruslah memohon bagi tempoh perlanjutan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) biasanya pihak SPA akan melulus 2 kali maksima..Selepas itu jika tidak berjaya/lulus juga .Ketua Jabatan boleh mencadang/menyaran agar ditamatkan perkhidmatan pegawai tersebut..sekian wasslam..


CONTOH SURAT PERMOHONAN PERLANJUTAN


‘IMIGRESEN, PERKHIDMATAN MERENTAS BENUA’
                                                                                                           
                                                                                                  IM:101/D-A/511-275 Jld 2 ( 02 )

                                                                                                                     08 Zulhijjah 1434H
                                                                                                                       13 Oktober 2013
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Aras 6 – 10, Blok C7, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya
(u.p: syukur bin baik )


Tuan,

PERLANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN KALI KEDUA
BAGI PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27
ENCIK SEDAP BIN SEGOTI (KP : 123456-03-7890)

Adalah saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

    ...     3.         Bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya:-

2.1.        Perakuan Ketua Jabatan Mengikut Peraturan 28(4) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
2.2.        Kenyataan Perkhidmatan Yang Kemaskini
2.3.        Senarai Peperiksaan Pegawai; dan
2.4.        Surat Permohonan Perlanjutan Tempoh Percubaan Daripada Pegawai

Sekian, dimaklumkan.  Terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘MESRA, AMANAH DAN TEGAS’
‘KHIDMAT DENGAN SENYUMAN’

Saya yang menurut perintah,




( SEDAP BINTI LAJOOK )
Timbalan Pengarah Imigresen Negeri
b.p: Pengarah Imigresen Negeri Kelantan
KOTA BHARU.


JADUAL KEEMPAT

  
BORANG PERAKUAN PERLANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN
[subperaturan 28(4)]
  
Saya dengan ini mengesahkan bahawa SEDAP BIN SEGOTI  No. Kad Pengenalan 12345-03-7890  belum dapat diperakukan untuk disyorkan bagi pengesahan dalam perkhidmatan dan dengan ini mengesyorkan supaya tempoh percubaan pegawai ini dilanjutkan selama ........... bulan / tahun* dengan denda / tanpa denda*.  Pegawai belum dapat diperakukan bagi pengesahan dalam perkhidmatan atas sebab-sebab yang berikut:

(a)  Hadir/tidak hadir/gagal* dalam kursus induksi - LULUS
(b)  Tidak hadir/gagal* dalam peperiksaan; (senarai disertakan)
(c)  Sebab-sebab lain : TIADA
            
Tandatangan Ketua Jabatan  :     ..................................................................


Nama Ketua Jabatan              :     ..................................................................


Kementerian/Jabatan             :     ..................................................................


Tarikh                                      :     ..................................................................

* Potong mana yang tidak berkenaan

SENARAI PEPERIKSAAN

SEDAP BIN SEGOTI 

KP: 123456-03-7890

1.             Keputusan Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 yang diadakan pada :-

Bil 1 - 2009 – 21 dan 22.04.2009

Bhg  A        -     P/Am. A/Pentadbiran dan PKPA                  -     KANDAS

Bhg  B        -     Perlembagaan Dan Undang Undang Am       -     LULUS

Bil 2 - 2009 – 01 dan 02.09.2009

Bhg  03       -     Subjek Jabatan                                           -     KANDAS

Seksyen A  -     Kerakyatan, Kewarganegaraan &                  -     KANDAS
                        Dokumen Perjalanan
Seksyeh B  -     Kawalan Imigresen                                       -     KANDAS

Bil 2 - 2009 – 27.10.2009

Bhg  A        -     P/Am. A/Pentadbiran dan PKPA                  -     KANDAS

Bil 1 - 2010 – 12.04.2010

Bhg  A        -     P/Am. A/Pentadbiran dan PKPA                  -     KANDAS

Bil 1 - 2010 – 25 dan 26.05.2010

Bhg  03       -     Subjek Jabatan                                           -     KANDAS

Seksyen A  -     Kerakyatan, Kewarganegaraan &                  -     KANDAS
                        Dokumen Perjalanan
Seksyeh B  -     Kawalan Imigresen                                       -     KANDAS