26 January 2015

UFO MENJADI MALAYSIA SASARAN...KENAPA??



UFO DI MALAYSIA

UFO Di Malaysia??? Hendak tahu walaupun kita tak tahu...he he UFO atau juga nama panjangnya Unidentified Flying Object(UFO) sudah biasa kita dengar dari dulu lagi hingga sekarang...Zaman kanak-kanak memang ramai gemar untuk menonton cerita tentang UFO yang ramai beranggapan sebagai cerita yang paling misteri yang agak merapu tapi kerana minat cerita-cerita filem yang berunsur science fiksyen, Jadi ramai pakat menonton. semakin lama semakin meningkat umur ramai yang beralih membaca artikel-artikel berkenaan tentang UFO ni...tentang kaitannya dengan bermuda triangle dan yang paling mengujakan apabila ia bersangkutan dengan pendaratan atau penerbangan UFO di ruang udara malaysia

Saya masa kanak kanak pernah Allahyahram datuk saya menceritakan selepas tamat perang jepun (mungkin dalam tahun 1946) beliau bertugas meronda dan menjaga di kawasan pantai di Kelantan .Beliau telah terserempak dengan UFO ini..kejadian berlaku waktu malam , kapal UFO tersebut memacar lampu yang teramat terang bederang/cerah seperti di Stadium Bukit Jalil semasa menonton bola final .he he..beliau berfikir hari ini beliau akan mati dan mengangkat tangan tanda surrender (menyerah) macam tawanan perang dan terduduk ke tanah serta memejam mata akibat tersangat takut Beliau menunggu apakah apa yang menimpanya diri seterusnya tetapi tiada. Sedetik buka mata UFO tersebut telah hilang dari pandangan mata. Bentuk UFO tersebut sama macam dalam cerita cerita fiksyen ..leper dan bulat nipis serta keluar cahaya dari bawah..Anggapan saya betul sebab datuk saya tidak pernah berbohong tetapi buktinya tiada sebab zaman itu mana ada gajet macam IPhone 6 .Sony Experia yang boleh ambil gambar secara terus..Hanya cerita ikhlas dari datuk kepada cucunya...

Kisah UFO memang amat mengujakan untuk kita terus membaca.... sudah lama saya lupakan kisah UFO ni..tapi tup-tup semasa sedang  melayari internet (memang hobi pun) untuk membaca artikel-artikel yang menarik dan berita sensasi yang terkini..itu sebab saya cerita sedikit tentang UFO ini .Tiba-tiba saya terpaku dengan satu tajuk KEMUNCULAN UFO DI MALAYSIA. wow tajuk yang amat menarik untuk kita kongsikan bersama... jom...saya serta sedikit tentang kedatangan UFO kat malaysia ni, sama ada kita sedar atau pun tidak...mugkin ada sesetengah kita beranggapan ini hanyalah tahyul atau rekaan semata-mata...so terpulang pada yang punya beranggapan begitu tapi tak salahkan kalau kita ambil tahu tentang apa yang berlaku di sekitar negara kita walaupun kita tak minat pun...hehe...

UFO ini pernah beberapa kali di lihat di Malaysia dan berlaku di sekitar semenanjung Malaysia.pada tahun 2010 UFO kelihatan melintas sekitar pukul 8.00 mlm waktu malaysia (lokasi tidak ditulis pulak)  Saksi tersebut ialah Li Kang Wei yang melihat kejadian tersebut mengaku melihat benda itu terbang dengan teleskop miliknya tanpa sengaja. beliau menceritakan ciri-ciri benda yang dia lihat tersebut, bentuknya pipih-oval seperti piring terbang berwarna biru, kalau terbang rendah warna cahaya yang dipancarkan beransur-ansur berubah menjadi merah, mirip seperti apa yang pernah ditayangkan dalam tv. saksi yang melihat kemunculan UFO tersebut juga memberitahukan kepantasan terbang benda asing itu sangat cepat, kira-kira 2 kali melebihi kepantasan pesawat yang ada dibumi. Beliau menyatakan “selama tiga malam, benda tak dikenal itu terlihat sebanyak dua kali. yakni saat mereka mengapung di udara, dan saat terbang menyilang,”. terdapat lebih 140 kes UFO ‘singgah’ di malaysia dicatatkan dalam tempoh 30 tahun lalu.

Bagi peminat dan pengkaji UFO memang Malaysia JUGA menjadi distinasi kesukaan UFO untuk merayau rayau...Bagi kita orang islam perlu kaji dan padankan dengan hadis dan Al Quran yang hanya memberitahu ada jin, syaitan ,iblis ....wassallam..