01 November 2015

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA) TIDAK LAGI MENGELUARKAN SURAT PANGGILAN TEMU DUGA SECARA POS


Bagi pemohon atau calon yang meminta kerja dengan SPA online dimaklumkan bahawa mulai 01 Oktober 2015 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temu duga secara pos bagi calon-calon yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA. Sehubungan itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing agar menyenangkan pihak SPA untuk memaklum kepada anda jika  ada panggilan temuduga nanti. Enjoyyy….

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan Ijazah/Diploma) di talian 03-88856364/03-88806470 atau BahagianPengambilan Khas (kelayakan Sijil/SPM/Separa perubatan) di talian 03-88856254/03-88856277/03-88856266/03-88856273 atau layari laman web SPA di www.spa.gov.my.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan