04 November 2015

MARI KENALI JENIS RUMAH DI MALAYSIA BAGI RAKYAT PERTENGAHAN ATAU RAKYAT KAYA

Rumah ialah keperluan asas bagi manusia sejak zaman berzaman cuma diubah suai reka bentuknya sahaja. Dalam erti kata umum rumah ini bermaksud satu bangunan yang dijadikan tempat tinggal dalam jangka waktu tertentu. Berikut adalah jenis jenis rumah yang ada di Malaysia

APARTMENT

Dari segi saiz keluasan, apartment lebih besar dari flat tapi lebih kecil dari condominium. Dari segi harga, boleh dikatakan apartment dalam lingkungan kos rendah ke sederhana, tapi tengok lokasi juga. Dari segi ketinggian, kita boleh lihat apartment yang jenis low-rise (rendah) dan kebanyakan high-rise (tinggi). Pemilik apartment akan memiliki keseluruhan unitnya, kawasan di depan unitnya dan selain dari itu dimiliki bersama. Antara kemudahan yang disediakan termasuk pengawal keselamatan, ruang letak kereta berdaftar (berbumbung dan tidak) swimming pool, clubhouse dan kedai-kedai berdasarkan harga apartment tersebut.Ada satu lagi pecahan di bawah apartment iaitu serviced apartment. Serviced apartment adalah commercial property dan dibina di atas tanah komersil bukan perumahan. Dari segi cukai, pemilikan dan hal-hal legal, banyak bezanya.



CONDOMINIUM

Condominium adalah yang paling mewah antara kesemua jenis rumah strata. Rekabentuknya moden, unitnya luas dan kemudahan-kemudahan yang disediakan lebih banyak dan hebat dari apartment. Namun begitu saya masih rasa berdasarkan lokasi, ciri-ciri ini tiada beza antara apartment dan condominium. Pengawal keselamatan condominium biasanya sangat tegas. Setiap pemilik atau penyewa akan mempunyak kad akses untuk memasuki kawasan condominium. Pelawat akan diminta mendaftar diri waktu masuk dan keluar kawasan dan pemandu teksi juga tidak dikecualikan! Setiap unit akan diberikan ruang letak kereta berdaftar. Kebanyakan condominium mempunyai sebuah unit dinamakan clubhouse dan di sini terdapat swimming pool, gym, surau, kedai-kedai makan, pejabat management, laundry dan pelbagai fasiliti lain yang tersedia untuk pemilik dan penyewa. Condominium juga boleh dipecahkan kepada beberapa sub-unit iaitu biasa, standard, penthouse dan duplex yang berbeza dari segi rekabentuk, keluasan dan harga.



TOWNHOUSE


Townhouse adalah satu jenis rumah yang agak menarik. Ia boleh dikatakan gabungan antara strata dan landed dari segi rupa bukan legal dan pemilikan tanah. Rumah townhouse biasanya 2 tingkat atau lebih. Di bandar saya tinggal, ada sebuah townhouse 4 tingkat. Uniknya townhouse ini kerana rupanya seolah-olah rumah teres tapi setiap tingkat ada unit yang tidak bersambung antara satu sama lain – maksudnya, setiap pemilik memiliki 1 unit untuk sesuatu tingkat di rumah townhouse itu. Pemilik rumah akan memiliki pintu rumah berbeza dan bahagian letak kereta sendiri. Untuk rumah townhouse 2 tingkat, kawasan sekitar rumah akan dibahagi dua namun untuk rumah townhouse lebih dari 3 tingkat, kemungkinan besar tidak akan banyak ruang untuk dikongsi sebab ia mirip rumah strata lain. Dari segi fasiliti, townhouse mungkin atau mungkin tidak mempunyai pengawal keselamatan dan lain-lain. Townhouse di bandaraya merupakan rumah townhouse 4 tingkat, dan setiap unit ada 2 tingkat. Fuh, Menarikan…Enjoyy…