02 November 2015

MARI KENALI KERETA PERODUA NAUTICA DAN ALZA



PERODUA NAUTICA

PERODUA NAUTICA (2008)

Perodua Nautica ialah sebuah kereta pacuan empat roda/SUV mini keluaran terbaru syarikat Perodua. Kereta ini menggunakan enjin jenis 3SZ-VE yang menggunakan empat silinder dan sistem suntikan bahan api (EFI). Tempahan ke atasnya mula dibuka bermula 10 Mei 2008. Kereta ini merupakan kereta Perodua yang termahal berbanding yang lain (berharga RM89,000, dengan insurans) memandangkan badan kereta dan ia sendiri datang serta dibuat di Jepun. Ia dengan itu dikenakan duti import. Kereta ini sebenarnya merupakan Daihatsu Terios generasi kedua yang beberapa bahagiannya dibuat dan dipasang di Malaysia. Model ini tidak mendapat sambutan kerana faktor harga yang mahal.

PERODUA ALZA

PERODUA ALZA (2009-KINI)

Perodua Alza merupakan MPV kompak dihasilkan oleh Perodua. Perodua menekankan Alza menjadi kereta pilihan bagi keluarga muda dengan anak-anak. Hal ini diadaptasi daripada Daihatsu Boon dan Toyota Passo Luminas Sette, melainkan menggunakan de-tuned 1.5 liter Toyota Avanza dan Daihatsu Terios. Alza berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud ‘bangkit’. Perodua Alza merupakan MPV yang paling jimat penggunaan bahan api setakat ini berbanding dengan MPV model lain. Ianya juga sesuai digunakan seharian kerana saiznya yang tidak begitu besar. Perodua Alza masih sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana keselesaan tempat duduknya. Walaupun menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter Perodua Alza masih mampu membawa penumpang yang ramai berbanding model MPV yang lain. Model ini mendapat sambutan hangat kerana faktor minyak, luas dan reka bentuk yang menarik..