02 November 2015

MARI KENALI KERETA PERODUA KENARI DAN KELISA

KENARI

PERODUA KENARI (2000-2007)

Perodua Kenari merupakan kereta keempat keluaran Perodua. Ia merupakan sebuah kenderaan MPV dengan 5 tempat duduk. Kenari mempunyai enjin 989cc, 3 silinder dan mampu mencapai kelajuan sehingga 88mph. Kereta ini diambil dari rekaan Daihatsu Move L900. Pada tahun 2003, Perodua Kenari facelift dilancarkan dengan lampu depan berkembar yang ternyata lebih menarik dan bergaya. Pada tahun 2004, versi Aerosport dengan rupa bentuk sporty dan dihiasi bodykit penuh dilancarkan. Lampu belakang model itu juga diubah kepada rekaan baru yang lebih menawan tetapi enjin masih sama, bahagian dalaman dan luaran versi facelift Aerosport ini diakui antara yang paling menarik dan sporty. Pada tahun 2007 pula keluar versi Kenari RS yang menampakkan perubahan pada bahagian bumper hadapan dan kedudukan lampu lebih menarik dari model asalnya di Jepun iaitu Daihatsu Move Custom. Versi RS tampil dengan imej lebih sporty dimana bumper depan dan belakang adalah berbeza dari model sebelumnya dan bahagian depannya dilengkapkan dengan empat buah lampu. Model RS hanya tersedia transmisi automatik sahaja. Model mendapat sambutan dan popular hingga sekarang disebab penggunaan minyak yang jimat dan tiada kerenah injin yang kronik.

KELISA

PERODUA KELISA (2001-2007)

Perodua Kelisa merupakan kereta kompak based pada Daihatsu Mira fifth-generation dari model Daihatsu Mira L700 Coure. Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007. Kereta ini Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil. Pada tahun 2005 Produa Kelisa telah membuat penambahbaikan pada bahagian grill hadapan , bumper dan sedikit pada bahagian lampu signal yang lebih menarik menerusi Perodua Kelisa SE.Model mendapat sambutan dan popular hingga sekarang disebab penggunaan minyak yang jimat dan tiada kerenah injin yang kronik.