02 November 2015

MARI KENALI KERETA PERODUA KANCIL


Kereta Kancil
Perodua Kancil (1994-2009) dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu Ceria di pasaran Indonesia merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA)Perodua Kancil merupakan kereta keluaran pertama PERODUA yang dilancarkan pada tahun 1994. Kereta ini mempunyai empat (4 pintu). Penjualan kereta perodua Kancil berakhir pada tahun 2009 dengan jumlah penjualan 722,223 buah dan ia telah diupgade kepada Perodua Kelisa.

Kereta Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. Faktor kereta yang kecil dan kompak serta jimat bahan api (RM 10.00 untuk kira-kira 100 kilometer).
Kancil mempunyai tiga (3) model berbeza:

·   >>Kancil 660EX - Enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp(22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan dengan ciri bumper hitam serta jalur pintu.

·   >>Kancil 850EX - enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8 kW) transmisi manual 5 kelajuan dengan ciri bumper berwarna serta jalur pintu.

·  >>Kancil 850EZi - enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api,berkuasa 50 hp (36.7 kW) transmisi automatik 3 kelajuan dengan ciri bumper berwarna serta jalur pintu.