06 October 2015

FAM MALAYSIA DI HUKUM OLEH FIFA KERANA ISU KEKECOHAN PENONTON


Jawatankuasa Tatatertib FIFA semalam telah menghukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas insiden kekecohan penonton yang membawa kepada terhentinya perlawanan kelayakan FIFA World Cup Rusia 2018 antara Malaysia dan Arab pada 8 September 2015 lepas.

Selepas analisis semua perkara itu, khususnya laporan dari pegawai perlawanan, video dan gambar yang berkaitan dan betapa seriusnya kejadian dengan itu Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan HUKUMAN bahawa perlawanan seterusnya yang melibatkan Malaysia dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia iaitu perlawanan (Malaysia v UAE pada 17 November 2015) akan diadakan tanpa penonton. Jawatankuasa itu juga membuat keputusan untuk mengenakan denda sebanyak  USD40,000 (RM176,000) dan juga amaran keras kepada FAM.

Mengenai keputusan perlawanan itu Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan bahawa perlawanan tersebut dibatalkan dan memberi kemenangan kepada pasukan Saudi Arabia dengan jaringan (0-3).

FAM bertanggungjawab penuh dengan insiden kekecohan dan kelakuan penyokong dan didapati telah melanggar artikel 6 para 5, Peraturan-Peraturan 2018 Piala Dunia FIFA Rusia, artikel 56, artikel 65, 67 para 1 dan artikel 67 para 3 Kod Tatatertib FIFA serta artikel 4 para 2, artikel 29 para 1 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan.


Prosiding tatatertib telah dibuka selepas kejadian balingan bom asap dan suar yang berlaku di dalam Stadium Shah Alam, yang membawa kepada terhenti perlawanan pada minit ke-88. Semoga hukuman dan denda tersebut menyedarkan semua pihak FAM dan penonton agar isu keselamatan perlu dijaga pada pelawanan akan datang…