21 Jun 2020

PAUTAN SISTEM TEMUJANJI ONLINE DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA



Selamat datang ke aplikasi temujanji online Jabatan Imigresen Malaysia. Anda boleh terus ke laman web berikut  http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/

Terma & Syarat:

1) Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;

2) Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum dan selewat - lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;

3)Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;

4) Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
5) Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;

6) Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;

7) Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.

8) Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.

9) URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.

10) Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Komen