13 Julai 2020

PESANAN DARI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) SEMASA TEMPOH PKPP 2020

Pada masa ini Malaysia berada dalam Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 rakyat diminta mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM dan MKN seperti penjarakan sosial, selalu sanitizer, pakai topeng muka yang dikuatkuasa dari masa kemasa. Berikut ada pesan dari MKN untuk rakyat kita semua..

Pada masa ini Malaysia berada dalam Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 rakyat diminta mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM dan MKN seperti penjarakan sosial, selalu sanitizer, pakai topeng muka yang dikuatkuasa dari masa kemasa. Berikut ada pesan dari MKN untuk rakyat kita semua.

1.PKPP - Pelitup muka 3 lapis hanya boleh dipakai sekali & tidak melebihi 8 jam sekiranya bergejala. Pelitup muka fabrik perlu dicuci sebelum diguna semula.


2.PKPP - Pakai pelitup muka dengan betul. Jangan kongsi, jangan pakai di bawah dagu, jangan letak merata-rata. Pastikan bersih.

3.PKPP - Bersama mencegah COVID-19. Lindungi keluarga anda dengan sentiasa memantau status kesihatan diri dan keluarga.

4.PKPP - Rakyat Malaysia jangan alpa. Terus kekal amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) & elakkan 3S (tempat sesak, sempit dan bersembang jarak dekat). Patuhi SOP.

5.PKPP - Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain. Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul, penuh dengan kuman.

6.PKPP - Rakyat Malaysia jangan lupa kita masih belum menang. Terus patuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

7.PKPP - Selamat kembali ke sekolah! Jaga jarak sosial, amalkan kebersihan optimum dan jangan lupa patuhi SOP.


Tiada ulasan:

Catat Komen