11 July 2017

NIAT PUASA SEBAGAI PANDUAN KITA SEMUA


Puasa ialah Rukun Islam ke Tiga (3) .Setiap tahun kita menjalani ibadah puasa ini, Banyak kebaikan dan hikmah berpuasa yang kita sedar atau tidak..Bagi menceriakan lagi ramadhan yang mulia ini admint sertakan lafaz niat puasa sebagai peringatan dan panduan untuk kita semua.

Erti puasa menurut bahasa adalah menahan. Menurut syariat islam puasa adalah suatu bentuk ibadah kepada Allah SWT dengan cara menahan diri dari makan, minum, hawa nafsu, dan hal-hal lain yang dapat membatalkan puasa sejak terbit matahari / fajar / subuh hingga matahari terbenam / maghrib dengan berniat terlebih dahulu sebelumnya.

*Lafaz niat puasa setiap malam. Niat ringkas:*

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala."

*Lafaz lengkap:*

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."

*Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:*

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala."

**Selamat Menunaikan Ibadah Puasa**