11 July 2017

PERINGATAN BERGUNA BILA KITA SUDAH BERUMUR (HIKMAH DAN KEBAIKAN)

Bila sebut hari tua atau usia tua...Kita semua PASTI akan melalui juga nanti, Suka atau tidak terpaksa kita terima hakikat itu. Persoalan mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? lihatlah dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri..

*SATU*
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah berkurangan. 
*HIKMAHnya :*
Perbanyakkan puasa sunat Isnin/Khamis & hari purnama penuh (13hb -15hb) ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda dahulu..

*DUA*
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar nak lelap.
*HIKMAHnya :*
Bangunlah untuk mengerjakan solat2 tahajjud, solat witir & lain2. Barangkali sewaktu muda jarang sekali melakukannya, maka Allah beri kita peluang untuk melakukannya sebelum berakhirnya usia.

*TIGA*
Bila tua sudah kurang gemar menonton tv. Tidak ada lagi rancangan tv yang diminati. Kurang berhibur.
*HIKMAHnya :*
Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca Al-Quran. Mungkin sewaktu muda jarang sekali khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam & tadabbur Al-Quran, paling tidak pun sekali setahun.

*EMPAT*
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu terluang. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga masing2, jadi kita boleh mengurus masa degan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal hal berfaedah yang manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzakh/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di Surau/Masjid, Menghadiri majlis2 ilmu, Belajar Al-Quran supaya memahami sepenuh isi kandungan dan ambil pengajaran dan amalkan dalam kehidupan harian dan Tidak  hanya sekadar belajar sekali lalu masa kecik² dulu, jinakkan diri dengan bahasa Arab untuk cuba memahami Quran, Bertalaqi dengan ustaz dan libatkkan diri dengan program yang berfaedah.

**SEMOGA BERMENAFAAT DAN MENJADI RENUNGAN KITA SEMUA**