11 July 2017

JANGAN SOMBONG KITA SEMUA SALING MEMERLUKAN



Di Dunia ini kita diciptakan bersaudara dan saling memerlukan antara satu sama lain..umpama cubit peha kanan peha kiri turut sakit...Cuba lihat ungkapan menarik ini..

Syurga *lelaki*
Pada  perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan*
Pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*
Kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu*
Kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*
Anak perlukan *doa ibubapa.*    

Masa *mati*
ibubapa perlukan *Doa Anak*

*Sehebat-hebat manusia*,
Bila mati dia tetap perlu orang lain untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada.
Dia tetap perlu belajar daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia.
Dia tetap perlu orang lain untuk *berurusan*

Seorang *Majikan*
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis/Jabatannya tanpa *pekerja bawahannya.*

Seorang *raja*
Tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia...*Lemah.*
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau pun memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*


Jadi kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ??? Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada *taraf ujub, riak,sombong dan hina* *Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.*sombong dan merasa dia lebih baik.* Hakikatnya kita sama2 memerlukan antara satu sama lain


*Renungan Bersama*......