20 July 2017

MEMORI INDAHNYA ZAMAN KANAK KANAK DAN ALAM PERSEKOLAHAN


Zaman kanak kanak ialah zaman terindah. Semua kita melaluinya. Kekadang kita senyum sendirian bila mengenangkan., yang lebih nastogia/memilukan bila kenangan itu bersama orang tua kita yang telah tiada..(Al Fatihah) Jom kita imbau zaman kanak-kanak kita dulu. Siapa pernah buat salah satu benda-benda kat bawah ni masa kecil-kecil dulu...nice..

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar dan bergetar.

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita atau tengok berita dalam TV kemudian perasan sipembaca berita asyik tengok kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari ‘handle’, rasa hebat.

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo/susu free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

5. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan di antara bukit. Siap ada mata lagi.

6. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni

7.Tonton tv mesti selalu dok depan sekali

8. Bila mandi sungai/laut Selalu kencing/kentut dalam air

9. Kalau tak siap kerja rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah !

10. Kelas pendidikan seni suka buat pemandangan sawah padi, berpetak-petak kemudian ada sebiji rumah di tengah-tengah.

11. Kalau guna warna tak nak tekan sebab takut habis.

12. Sharpener tak boleh tiup sebab takut tumpul.

13.Kelas paling suka ialah pendidikan jasmani(biasa main bola/kejar kejar dan paling tidak suka kelas matematik dan english

**KENANGAN INDAH INI MENJADI MEMORI SELAMANYA**