26 Ogos 2018

SENARAI DOKUMEN WAJIB DI BAWA SEMASA HADIR TEMUDUGA


Dokumen wajib dibawa Semasa hadir temu duga:
1. Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN semasa temu duga serta DISUSUN mengikut turutan seperti berikut:
o   Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
o   Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
o    Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V) atau setaraf;
o    Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

o  STPM/STP / Diploma & transkrip / Ijazah Sarjana Muda & transkrip / Sarjana / Doktor Falsafah / Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Pengajian yang diluluskan oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian tinggi. Calon adalah dimohon untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan);

o Ijazah Sarjana Muda & transkrip bagi calon yang memiliki Sarjana / Doktor Falsafah
o Surat tawaran biasiswa bagi Pemegang Biasiswa JPA (jika berkenaan);
o Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain (jika berkenaan);
o  Sijil kegiatan luar (Dokumen Asal Sahaja);
o Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
o  Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan (seperti di pautanhttp://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam sahaja..
2. Anda dikehendaki juga membawa resume bergambar yang ringkas dan padat. Salinan dokumen dan resume yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.
3. Anda dikehendaki MELENGKAPKAN resume di pautan myResume dan MEMUAT NAIK sijil akademik (SPM, STPM / Diploma & Transkrip, Ijazah & Transkrip, Sarjana dan Doktor Falsafah jika berkaitan) SEBELUM MENGHADIRI TEMU DUGA pada tarikh yang telah ditetapkan.
4. Anda dikehendaki MENYEMAK pengiktirafan akademik (Diploma / Ijazah / Sarjana / Doktor Falsafah jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di pautan https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2 atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan MELAMPIRKAN cetakan status pengiktirafan semasa menghadiri temu duga.
5. Kegagalan mengambil tindakan seperti perkara 1 hingga 4 serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.

6. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

7. Keputusan temu duga boleh diketahui 30 hari dari tarikh akhir temu duga dengan melayari Portal Rasmi SPA atau aplikasi mobile mySPAv2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan