25 Oktober 2020

APA ITU DARURAT DAN KESAN BERDASARKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pendermik convid 19 masih bermaharajalela di negara ini , Kes setiap hari meningkat. Selepas mesyuarat kabinet desas desus negara akan mengistiharkan “darurat”. Perkara ini menjadi viral dengan pelbagai komen di media sosial atau bualan harian dari orang atas hingga ke orang kampung or rakyat jelata..mari kita lihat apa kata pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Apa Itu Maksud Darurat

Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.

Apa Kesan Pengisytiharan Darurat

Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif.

Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.

Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.

Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).

Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan perlu dibincangkan lagi. Ringkasan untuk kali ini sekadar ini sahaja

Adakah Pengisytiharan Darurat Dibenarkan Oleh Perlembagaan

Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat. Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat. 

Mari kita semua berdoa semoga negara kita aman damai seperti biasa, Harap kita bersabar dan serah kepada yang pakar atau para pemimpin kita serta pihak berkuasa untuk menguruskan situasi sukar ini..aminn



Tiada ulasan:

Catat Ulasan