08 Ogos 2015

WANG DAN KEKAYAAN BUKAN SEGALANYA DI DUNIA INI

Pada zaman sekarang kebanyakan manusia berkejaran mencari duit tidak kira di kampung bandar malah dipelusuk dunia pun semua mengejar duit...Banyak masa kita habiskan untuk mengejar duit..Kita boleh mengejar duit atau wang tetapi tanggungjawap utama kita kepada yang Maha Esa atau kepada benda wajib jangan diabaikan seperti SOLAT dan alain lain. Tanggungjawap kepada orang dibawah kita (anak-anak,ibu bapa, saudara mara), orang sekeliling kita (jiran dan orang miskin) ,semua itu jangan diabaikan..jangan duit menjadi raja sepatutnya kita yang perlu menjadi raja yang adil yang tidak sombong dan tahu tanggunjawab kepada rakyatnya..Apa bila ada duit jangan lupa zakat dan sedekah itu semua dapat membersih dan memberkati harta atau wang itu sendiri....
Banyak perumpamaan mengenai duit contoh "Ada wang abang sayang tiada wang abang melayang ertinya kasih sayang hanya kerana hanta benda..
Duit atau wang  merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsai hutang.
Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas. Namun penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Sejarah Duit Syiling Malaysia bermula apabila Malaya mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sabah dan Sarawak kemudiannya menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Bank Negara Malaysia telah diberi kuasa untuk mengeluarkan mata wang Malaysia sejak 1958. Kuasa ini telah diberikan di bawah Ordinan Bank Negara Melayu Tanah 1958. Namun Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo masih terus mengeluarkan mata wang sehingga 12 Jun 1967. Pada 16 Januari 1969, mata wang Malaya lama telah diberhentikan edarannya. Sebelum itu, ia telah diedarkan bersama-sama dengan mata wang Malaysia 1 sejak Jun 1967.
Siri pertama duit syiling Malaysia hanya mula diperkenalkan pada 12 Jun 1967 dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan diikuti oleh pengenalan duit syiling 1 ringgit (yang terus menggunakan simbol $ duit syiling terbesar dalam siri ini) pada 1 Mei 1971. Duit syiling siri pertama juga dikenali sebagai "siri Parlimen" kerana gambar parlimen di belakang syiling tersebut. Pada ketika ini, kebanyakan duit syiling siri pertama adalah amat sukar ditemui di dalam edaran. Namun, lama bukan bererti harganya hingga berlipat kali ganda seperti yang anda lihat di dalam iklan mudah.my.
Renungan untuk hari ini...Nilai Duit.......๐Ÿ’ฒ๐Ÿ’ฒ๐Ÿ’ฒ

-๐Ÿ’ฒDuit .. tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati
-๐Ÿ’ฒ Duit ..tak   boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit
-๐Ÿ’ฒDuit ..tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena
-๐Ÿ’ฒDuit ..tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit
-๐Ÿ’ฒDuit ..tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
-๐Ÿ’ฒDuit ..Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
-๐Ÿ’ฒDuit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit

๐Ÿ’ฒD-Don't
๐Ÿ’ฒU-Use
๐Ÿ’ฒI-Intelligence
๐Ÿ’ฒT-The wrong way

Mari kita amalkan๐Ÿ˜ƒ
" DUIT "
D - DOA
U - USAHA
 I  - ISTIQAMAH
T - TAWAKAL
Mutiara kata tentang Botol... ๐Ÿถ๐Ÿถ

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...๐Ÿ’ฐ

2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ

3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ

4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ

5. Masukkan serbukk emas harganya Rm 100 000 ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ ๐Ÿ’ฐ ๐Ÿ’ฐ ๐Ÿ’ฐ

6. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza

Begitu juga kita...kita semua sama...kita semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH SWT atau kita dipandang hina oleh ALLAH SWT yang akan menyebabkan kita dibuang ke dalam Neraka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan