12 June 2018

ADAB DAN PERATURAN PERLU DI KETAHUI BILA BERAYA DI RUMAH ORANG TAHUN 2018

Hari Raya Aidil Fitri yang ditunggu tunggu hampir tiba. Pasti kita semua terutama kanak kanak riang menunggu saat itu..Tetapi jangan kita lupa adab dan peraturan bila kita beraya di rumah saudara mara dan rakan taulan supaya jangan ada yang terasa hati atau cakap cakap belakang yang tidak elok untuk kita hindarkan di hari mulia ini.Berikut antara adab adab dan tip bila berhari raya...

1. Jangan datang rumah orang awal sangat. Orang masih solat raya. (Terutama pada hari pertama syawal)

2. Pastikan anak anak kita tidak ambik angpau sampai 4 atau 5 kali.. Ekonomi meleset sekarang boleh pengsan tuan rumah.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah sudah pakai baju kelawar untuk tidur pasti datang pada waktu sesuai.

4. Jangan banyak bertanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Langkah berjimat sikit.. 

5. Jangan sibuk bertanya bila hennak kawin. Kalau sudah kawin sibuk bertanya bila hendak ada anak. Bosan org hendak jawab. Berbual dan tanya perkara yang sesuai sahaja.

6. Jangan pandai pandai tukar atau usik remote tv rumah orang. Biar tuan rumah buat sendiri atau tengok je channel tersedia.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai ramai,  nanti macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan masuk terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.

9. Budak Budah diberi amaran jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.

10. Orang hidang, air terus minum tidak payah banyak komen atau minta air jenis lain

11. Jangan tumpang berhadas kecik/besar tetapi tidak jaga kebersihan.

12. Kalau termakan kuih tidak sedap, abaikan atau jangan makan terus. Jangan cuba nak selit kuih tu dekat sofa atau pasu rumah orang. Tak baik.

13. Jangan mintak password atau guna wifi rumah orang.

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan banyak tanya.

16. Jangan tinggal pampers anak dalam bilik air rumah orang. Buang terus dalam tong sampah...Jaga kebersihan.

17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah orang tu... Org lain pun nak raya gak ok.

18. Jangan parking depan pagar rumah jiran, jalan kaki sikit ...Jaga perasaan jiran jiran

**SELAMAT HARIRAYA SEMOGA BERMENAFAAT..ENJOY**