29 Mei 2018

CARA MENBUAT KUIH KERBAU GULING


KUIH KERBAU GULING memang jadi viral dan popular sekarang terutama di Kelantan lebih lebih lagi di bulan puasa ini. Sejarah mengatakan kuih ini berasal dari negara jiran Thailand. Bila dinikmati memang sedap dan lazat.Sekali tengok rupa memang berat hendak cuba tetapi bila cuba, terpikat dan jatuh cinta..Panggil Kuba Guling sebab kuih itu warna gelap dan dipusing dalam kelapa muda umpama Kerbau berguling dalam lumpur. Disini ada resipi ringkas untuk kita semua mencuba..enjoy
BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis) – pastikan guna tempurung yang bersih
  • 1 liter ( lebih) air (tengok atas kepekatan)
  • Secubit garam
CARA MEMASAK:
  1. Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
  2. Bila dah sebati, buka api sederhana dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
  3. Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap dimasak tadi.
  4. Bila adunan dah sejuk, potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang dah digaul dengan sedikit garam.
  5. Siap dan sedia untuk dinikmati                                                                                                                   **SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA**              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan