27 June 2017

BILA HARI RAYA....KENA TAHU SIAPA YANG KITA BOLEH BERSALAM



Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin...Masih dalam mood raya , walau jem, ekonomi teruk sambutan hari raya tetap meriah..Hari bahagia bersama family dan sahabat handai terubat jua..moga berkekalan keakraban ini..Cuma dalam kunjung mengunjung kita perlu jada adat dan hukum agama..Batasan tetap ada..Terutama bab bersalam...tip tip bersalam yang tidak boleh bagi lelaki dan perempuan ialah....

  • BAGI SEORANG LELAKI
  • Isteri kepada adik beradik bapa
  • Isteri kepada adik beradik emak
  • Adik beradik perempuan bapa mertua
  • Adik beradik perempuan emak mertua
  • Anak perempuan adik beradik isteri
  • Kakak Ipar
  • Adik Ipar perempuan
  • Sepupu perempuan
  • Sepupu Ayah (perempuan)
  • Sepupu Emak (perempuan)

  • BAGI SEORANG PEREMPUAN

  • Suami kepada adik beradik bapa
  • Suami kepada adik beradik emak
  • Adik beradik lelaki bapa mertua
  • Adik beradik lelaki emak mertua
  • Anak lelaki adik beradik suami
  • Abang Ipar
  • Adik Ipar Lelaki
  • Sepupu Lelaki
  • Sepupu Ayah (lelaki)
  • Sepupu Emak
Ramai antara kita yang tidak tahu atau ambil mudah atau kadang kadang kita terlupa..Bila sudah baca catatan ini janganlah buat buat lupa lagi. Haram....Maklumkan kepada kawan kawan anda semua...benda baik perlu dikongsi...aminnn....