08 Ogos 2022

CARA ATASI SIFAT LALAI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Kali ini kita renungan bab masa..Masa begitu cepat berlalu..Kalau masa kita kecil-kecil dulu masa untuk satu tahun, satu bulan begitu lambat sekali, terutama pada bulan puasa , hendak selesai satu hari ibadah puasa amat lambat sekali. Pada masa sekarang masa cepat berlalu masa tetap 24 jam seperti dulu..cuba kita fikirakan kenapa jadi begitu..paling utama disebabkan kita bzz mencari makan kerja siang balik makan tidur esok ulangi perkara sama juga…..Saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan kepada kita semua agar kita sama-sama fikirkan perkara ini..renungankan berapa waktu untuk kita luang untuk beramal ibadat, solat, berzikir, sedekah, solat Jemaah..sempat kah kita? Buat kah kita? Fikirkan… Adakah ini termasuk dalam Sifat lalai..

 Antara Cara-cara mengatasi LALAI:

1.    Cari Dan Bersahabat Dengan Orang yang baik & soleh

2.    Selalu Hadiri Majlis Ilmu

3.    Rajin Bangun Malam Untuk  Solat Tahajjud

4.    Rajin Dan Banyakkan Zikir & Bertaubat

5.    Selalu Dan Rajin Baca Quran

6.    Selalu Bersangka Baik Pada Orang Lain

7.    Sifat Pemaaf

8.    Selalu Ingat Mati

9.    Amalkan Kurangkan Makan

10.  Selalu Amalkan Sunnah Nabi Saw

11.  Selalu Bersabar Bersyukur & Bertawakkal

 

***SEMOGA MENAFAAT UNTUK KITA SEMUA**



03 Ogos 2022

TANDA-TANDA MANUSIA LALAI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Kehidupan sekarang amat mencabar disegi sosio ekonomi dan persekitaran sekeliling, ini serba sedikit mempengaruhi kehidupan kita seharian, menyebabkan kita alpa dan lalai dengan kesibukan dunia tanpa memikirkan kepada akhirat..Maksud Lalai ialah keadaan tidak berhati-hati atau tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Lalai selalu dialami oleh manusia yang leka dan asyik dalam melakukan sesuatu aktiviti dan perkara..(benda keduniaan)

Tanda-tanda LALAI antaranya

Kurang membaca Al Quran

Kurang berzikir

Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah:

       *   Tidak fokus Semua Perkara

       *   Sering terlupa bilangan rakaat

       *   Melewatkan solat

       *   Kurang solat jemaah

-Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.

-Kurang @ malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja

-Sentiasa sibuk dengan urusan dunia

-Mudah stress.

-Cara hidupnya menyerupai musuh Islam

-Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah & haram

-Tangguh untuk bertaubat

-Malu untuk belajar agama

-Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini

****SEMOGA MENAFAAT UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA****



27 Julai 2022

CARA NIAT DAN LAFAZ AKAD SERTA WAKIL SEMBELIHAN LEMBU KORBAN


Ibadah qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

 Akad Beli

"Aku belilah lembu ini 1 bahagian daripada 7 bahagian dengan harga........"

 ***PENTING....Pastikan lembu yang mana hendak akad jual beli***

 Wakil Sembelih

"Saya......wakilkan kepada ......untuk sembelih lembu ini untuk menghasilkan korbanku sunat kerana Allah Taala"

 Niat Korban

Niat sebelum darah mengalir/ketika darah pertama mengalir :

 "Inilah korbanku sunat kerana Mu Ya Allah"

 ...Kalau tidak sebut sunat ia akan jadi nazar (Tidak Boleh makan daging tersebut

 WAKIL :

"Saya........wakilkan kepada.......untuk mengurus bagi menghasilkan korban sunat kerana Allah Taala"

 Wakil Beli :

"Aku belilah lembu ini bagi pihak si pulan bin ibunya 1 bahagian daripada 7 bahagian dengan harga..."

 Wakil Sembelih :

 "Saya......wakilkan kepada.....untuk sembelih lembu ini untuk menghasilkan korban sunat kerana Allah Taala"

 "Aku baga pihak si pulan bin ibunya wakilkan  kepada tuan...untuk mnyembelih lembu ini untuk menghasilkan korbannya sunat kerana Allah Taala"

 Wakil Niat Korban:

 "Inilah korban si pulan bin ibunya wakil kepadaku  korban sunat kerana Mu Ya Allah"

 "Inilah korban si pulan bin ibunya wakil kepadaku utk mengurus bagi menghasilkan korban sunat kerana Mu Ya Allah"

 BAHAGIAN DAGING

1/3 - Orang Kaya

1/3 - Orang Miskin

1/3 - Diri Sendiri



06 Julai 2022

MARI KENALI APA ITU INFLUENZA ANCAMAN BARU KESIHATAN DI MALAYSIA


Kesihatan asas kehidupan, sebelum ini kalut dengan ketakutan Covid 19 Kini ujian Deman Influenza pula..Influenza ialah jangkitan virus yang menyerang sistem pernafasan anda - hidung, tekak dan paru-paru anda. Influenza biasanya dipanggil selesema, tetapi ia tidak sama dengan virus "selesema" perut yang menyebabkan cirit-birit dan muntah.

Bagi kebanyakan orang, selesema sembuh dengan sendirinya. Tetapi kadangkala, influenza dan komplikasinya boleh membawa maut. Orang yang berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi selesema termasuk:

1>Kanak-kanak kecil di bawah umur 5 tahun, dan terutamanya mereka di bawah 6 bulan

2>Orang dewasa lebih tua daripada umur 65 tahun

3>Penghuni rumah jagaan dan kemudahan penjagaan jangka panjang yang lain

4>Wanita hamil dan wanita sehingga dua minggu selepas bersalin

5>Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah

6>Orang yang mempunyai penyakit kronik, seperti asma, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan kencing manis

7>Orang yang sangat obes, dengan indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih tinggi

Cara terbaik hindari penyakit ini ialah ambil vaksin walaupun vaksin influenza tahunan tidak 100% berkesan, ia masih merupakan pertahanan terbaik anda terhadap selesema.