21 Oktober 2015

RUMAH BANGLO MENJADI PILIHAN DAN IDAMAN DI MALAYSIA

 RUMAH BANGLO

Dalam erti kata umum, rumah bermaksud satu bangunan yang dijadikan tempat tinggal dalam jangka waktu tertentu. Rumah biasanya menjadi tempat tinggal manusia Dalam erti yang lain rumah ialah mengambarkan kepada konsep-konsep sosial kemasyarakatan yang terjalin di dalam bangunan tempat tinggal, seperti kehidupan berkeluarga, makan, tidur, aktiviti harian dan lain-lain. Antara jenis rumah yang ada di negara ini secara ringkas seperti dibawah…

1.Rumah teres / Terraced house (Rumah yang bersambung)
2. Rumah berkembar / Semi-detached (Berkembar)
3. Banglo / Bungalow (Rumah Single)
4. Flat / Pangsapuri (Bertingkat)
5. Apartment (Bertingkat Lebih Luas)
6. Condominium (Bertingkat Lebih Luas Dan Lebih Mahal)
7. Townhouse (Bertingkat biasa 5 Tingkat  Dan Pattern Moden)

Rumah yang popular dan menjadi pilihan dan idaman ramai ialah rumah BANGLO kerana rumah jenis ini secara ringkas ada ruang tanah dan selesa di dalam. Secara lebih jelas lagi mengenai rumah banglo ialah akan mempunyai kawasan (tanah) yang agak luas dan jarak antara satu rumah banglo dengan rumah banglo yang lain pun agak jauh. Rumah banglo juga dikenali sebagai detached house (rumah terpisah) bila ada ruang luas boleh tanam pokok buah buahan atau hiasan di sekeliling rumah manakala undang undang STRATA bagi banglo ialah dalam kategori strata (level), rumah dibina bertingkat-tingkat disatu kawasan tanah dan setiap tingkat akan beberapa unit-unit rumah. Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara kongsian dengan semua pemilik unit rumah tersebut (strata title/geran strata).Strata adalah kata nama plural untuk stratum dan bermaksudlayer atau level dari sudut bahasa.

Bagi semua jenis rumah diatas ada baik-buruknya. Rumah landed bagus sebab ada kawasan untuk bercucuk-tanam, sidai baju dan hendak buang sampah hanya di luar rumah sendiri dan rumah strata best sebab dapat hidup secara jemaah dan untuk rumah strata jenis kos sederhana ke atas pula akan ada pengawal keselamatan dan Swimming Pool tetapi yang penting sekali walau apa jenis rumah kita miliki ,kita semua harus sentiasa bersyukur jika kita mempunyai rumah untuk berteduh sedangkan masih ramai yang tidak mampu menyewa, membeli ataupun mendiami tempat tinggal yang berbumbung. Semoga artikel ini bermanfaat untuk para pembaca yang sedang mencari rumah atau selalu mendengar jenis-jenis rumah tapi tidak dapat bezakan jenis jenis rumah .Enjoyyy….

Contoh Rumah Banglo














Tiada ulasan:

Catat Ulasan