27 Julai 2022

CARA NIAT DAN LAFAZ AKAD SERTA WAKIL SEMBELIHAN LEMBU KORBAN


Ibadah qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

 Akad Beli

"Aku belilah lembu ini 1 bahagian daripada 7 bahagian dengan harga........"

 ***PENTING....Pastikan lembu yang mana hendak akad jual beli***

 Wakil Sembelih

"Saya......wakilkan kepada ......untuk sembelih lembu ini untuk menghasilkan korbanku sunat kerana Allah Taala"

 Niat Korban

Niat sebelum darah mengalir/ketika darah pertama mengalir :

 "Inilah korbanku sunat kerana Mu Ya Allah"

 ...Kalau tidak sebut sunat ia akan jadi nazar (Tidak Boleh makan daging tersebut

 WAKIL :

"Saya........wakilkan kepada.......untuk mengurus bagi menghasilkan korban sunat kerana Allah Taala"

 Wakil Beli :

"Aku belilah lembu ini bagi pihak si pulan bin ibunya 1 bahagian daripada 7 bahagian dengan harga..."

 Wakil Sembelih :

 "Saya......wakilkan kepada.....untuk sembelih lembu ini untuk menghasilkan korban sunat kerana Allah Taala"

 "Aku baga pihak si pulan bin ibunya wakilkan  kepada tuan...untuk mnyembelih lembu ini untuk menghasilkan korbannya sunat kerana Allah Taala"

 Wakil Niat Korban:

 "Inilah korban si pulan bin ibunya wakil kepadaku  korban sunat kerana Mu Ya Allah"

 "Inilah korban si pulan bin ibunya wakil kepadaku utk mengurus bagi menghasilkan korban sunat kerana Mu Ya Allah"

 BAHAGIAN DAGING

1/3 - Orang Kaya

1/3 - Orang Miskin

1/3 - Diri Sendiri



06 Julai 2022

MARI KENALI APA ITU INFLUENZA ANCAMAN BARU KESIHATAN DI MALAYSIA


Kesihatan asas kehidupan, sebelum ini kalut dengan ketakutan Covid 19 Kini ujian Deman Influenza pula..Influenza ialah jangkitan virus yang menyerang sistem pernafasan anda - hidung, tekak dan paru-paru anda. Influenza biasanya dipanggil selesema, tetapi ia tidak sama dengan virus "selesema" perut yang menyebabkan cirit-birit dan muntah.

Bagi kebanyakan orang, selesema sembuh dengan sendirinya. Tetapi kadangkala, influenza dan komplikasinya boleh membawa maut. Orang yang berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi selesema termasuk:

1>Kanak-kanak kecil di bawah umur 5 tahun, dan terutamanya mereka di bawah 6 bulan

2>Orang dewasa lebih tua daripada umur 65 tahun

3>Penghuni rumah jagaan dan kemudahan penjagaan jangka panjang yang lain

4>Wanita hamil dan wanita sehingga dua minggu selepas bersalin

5>Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah

6>Orang yang mempunyai penyakit kronik, seperti asma, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan kencing manis

7>Orang yang sangat obes, dengan indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih tinggi

Cara terbaik hindari penyakit ini ialah ambil vaksin walaupun vaksin influenza tahunan tidak 100% berkesan, ia masih merupakan pertahanan terbaik anda terhadap selesema.