03 April 2022

SENARAI 20 AMALAN MUDAH YANG BOLEH DIAMALKAN DI BULAN PUASA MULIA INI


Bulan Ramadhan kareem muncul lagi, Syukur alhamdulillah kita masih di beri umur Panjang oleh Allah swt untuk menjalani ibadat puasa setahun sekali, Jangan lepas peluang keemas an ini, kerana amalan pada bulan ini di ganda 700x pahala. Jom sama-sama kita lakukan 20 Amalan paling mudah dilakukan setiap hari secara istiqamah Di bulan ramadan al Mubarak ini…

 1. Bangun sahur

2. Tahajjud dua (2) rakaat sebelum sahur

3. Masuk waktu subuh, Solat sunat qabliyah subuh dulu (Pahala lebih baik dari dunia dan isinya)

4. Solat subuh berjemaah di Masjid/Surau

5. Selepas subuh baca quran empat (4) muka surat

6. Masuk dhuha, solat dhuha dua (2) rakaat

7. Solat sunat qabliyah zohor

8. Solat zohor berjemaah di Masjid/Surau

9. Solat sunat ba’diyah zohor empat (4) rakaat

10. Lps ba’diyah zohor baca quran empat (4) muka surat

11. Sblm asar, solat sunat qabliyah asar dua (2) rakaat

12. Solat asar berjemaah di Masjid/Surau

13. Selepas solat asar, baca quran lapan (8) muka surat

14. Buka Puasa tepat pada waktunya/Jangan lewatkan

15. Solat maghrib berjemaah di Masjid/Surau

16. Solat sunat ba’diyah mahgrib dua (2) rakaat

17. Solat isyak berjemaah di Masjid/Surau

18. Solat sunat ba’diyah isyak 2 rakaat

19. Solat tarawih lapan (8) rakaat dan tiga (3) witir berjemaah

20. Selepas tarawih baca quran empat (4) muka surat

Mari kita ambil peluang keemasan ini, baikilah dan buat amalan kita secara berterusan di bulan mulia ini. Ameen