13 Februari 2021

BONUS TABUNG HAJI 2021 HANYA 3.10%...TIDAK SEPERTI DIHARAPKAN

 


Tarikh Pengumuman Jumlah Bonus (Hibah) Tabung Haji Tahun 2020

Sebagai makluman, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan pendapatan bonus (hibah) berkadaran peratus kepada pendeposit serta tambahan hibah haji kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sekiranya prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Jumlah kadar pengagihan peratusan pendapatan bonus atau hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 akan diumumkan pada satu tarikh yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH). Tarikh RAMALAN 02.04.2021 (JUMAAT) Pada Kadar 5%...Ramalan jerr ni

Hibah Tahunan (Bonus) & Hibah Haji atau Bonus Haji  

Hibah Tahunan atau Bonus Tahunan adalah bonus (hibah) yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut prestasi Kewangan tahun semasa yang diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.

Hibah Haji atau Bonus Haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada kos bayaran haji semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan