17 April 2018

PENJAWAT AWAM SEBENAR HANYA 500,000 BUKAN 1.6 JUTA

Penjawat awam merupakan nadi kerajaan bagi memajukan dan menyampaikan wadah kerajaan kepada rakyat..Gesaan sesetengah pihak agar dikurangkan jumlah penjawat awam kerana kos tinggi untuk menbayar gaji 1.6 juta penjawat awam.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda menyatakan data sebenar hanya terdapat 500,000 penjawat awam di negara ini dan bukannya 1.6 juta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.“Kami telah semak Perkara 132 Perlembagaan Persektuan di mana semua perkhidmatan termasuk angkatan tentera, polis dan perguruan dan kesihatan termasuk majlis tempatan diklasifikasikan sebagai perkhidmatan awam. Kami telah menyemak di negara maju, penjawat awam tak termasuk polis, tentera, guru dan mereka di sektor kesihatan.“Kalau dianalisis, sebenarnya jumlah itu 500,000 sahaja jika tidak termasuk empat cabang yang saya sebutkan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas membincangkan isu berkenaan dalam kongres khas hari ini. Menurut beliau, kini terdapat 450,000 kakitangan di Kementerian Pendidikan, 270,000 di Kementerian Kesihatan dan 300,000 lagi berkhidmat dengan pasukan polis dan angkatan tentera.Enjoy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan