Pages

20 November 2015

PENILAIAN DAN UKURAN KEJAYAAN SESEORANG MANUSIA DI DUNIA INI



Dalam kehidupan manusia di dunia ini, Perkataan UKURAN amat penting untuk kita menilai atau di nilai oleh orang lain..Kekadang ukuran kejayaan kekadang ukuran kegagalan, cuba anda semua renung nilaian atau Ukuran kejayaan di bawah ini...enjoyyy

UKURAN KEJAYAAN

Pada usia 4 tahun kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar

Pada usia 8 tahun kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah

Pada usia 12 tahun kejayaan anda ialah memiliki kawan2

Pada usia 18 tahun kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu

Pada usia 23 tahun kejayaan anda ialah keluar dsri universiti (sebagai graduan)

Pada usia 25 tahun kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan

Pada usia 28 tahun kejayaan anda ialah memiliki isteri /suami

Pada usia 30 tahun kejayaan anda ialah mendapat anak

Pada usia 35 tahun kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri)

Pada usia 45 tahun kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga

Pada usia 50 tahun kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya

Pada usia 55 tahun kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri
Pada usia 60 tahun kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta

Pada usia 65 tahun kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit

Pada usia 70 tahun kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas orang lain

Pada usia 75 tahun kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya

Pada usia 80 tahun kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa)
Pada usia 85 tahun kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...

Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba). Kata imam Ghazali...yang paling dekat dgn kita ialah MATI ..Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan